Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018


Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018. Bulan Ramadhan bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Semestinya ada yang sudah merancang apa yang akan dilakukan pada bulan Ramadhan. Mungkin ada yang merancang untuk memperbanyakkan amal ibadat, menjahit baju, membuat kuih, berniaga di bazar Ramadhan dan sebagainya. Apa yang pasti, semoga amalan di bulan Ramadhan 2018 ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Baca juga Kelebihan Bulan Sya'ban dan Malam Nisfu Sya'ban

Sempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba, jom join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hassan (https://www.hasrulhassan.com/2018/04/segmen-blogwalking-ramadan-raya-2018.html).


Sempena Ramadhan nanti saya berhajat...

1. Memperbanyakkan amalan sunat di bulan Ramadhan (zikir, solat sunat terawih, sedekah dll)
2. Khatam Al-Quran
3. Berbuka puasa bersama anak dan keluarga di kampung (Kalau boleh setiap minggu)
4. Solat berjemaah di masjid setiap kali masuk waktu terutamanya isyak dan subuh
5. Mengamalkan diet yang sihat dengan makan makanan yang  berkhasiat sepanjang bulan Ramadhan

Semoga hajat saya pada kali ini tercapai. Semoga amalan-amalan kita pada bulan Ramadhan nanti akan diberkati oleh Allah SWT.


اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baariklanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighna Ramadhana.”
Yang artinya: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”


2 Comments

  1. Ya Allah, ya Tuhanku, tunaikan azam dan permudahkan la jalan niat murni rakan bloggerku ini di bulan Ramadan kelak. Perbaiki amalan kami, dan jadikan kami di kalangan orang-orang yang paling beruntung di bulan barakah itu nanti. Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
Previous Post Next Post