Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.
Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung.
Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
Muat turun soalan Sains Dual Language Programme yang dikongsi oleh rakan-rakan guru. Terima kasih atas perkongsian ini.
TAHUN 4
AR 1 Science Year 4 (Paper 1) - English and Malay
AR 1 Science Year 4 (Paper 2) - English and Malay
AR 2 Science Year 4 (Paper 1) - English and Malay
AR 2 Science Year 4 (Paper 2) - English and Malay
Year 4 Exam Mac 2016 (Paper 1 and Paper 2) - English Only
Koleksi Soalan Sains DLP Tahun 5 Klik Sini