Ujian Psikometrik SPA: Contoh Soalan & Jawapan

 ujian psikometrik spa



Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini 2023, semua calon diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK! Tak ada seorang pun bakal terlepas.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik secara mudah difahaminya adalah satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mendapatkan data-data dari sudut sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon.

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.Tetapi bagi calon, ianya lebih menekan. Calon tak kisah jawatan apa kan? Kita nak kerja. Nak ada gaji. Tak best pulak bila diuji macam ni.

[+] Rujukan Ujian Psikometrik 2023

Tujuan Ujian Psikometrik

Ujian ini dijalankan untuk tujuan-tujuan berikut:

  • mengecilkan jumlah calon
  • mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Tiada markah gagal atau lulus dalam ujian psikometrik ini, Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Kriteria Penilaian Ujian Psikometrik

Berdasarkan Panduan Peperiksaan Psikometrik di laman web rasmi SPA di pautan https://www.spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/sukatan-peperiksaan-psikometrik , kriteria penilaian ujian psikometrik ialah

  • Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  • Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
  • Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Berikut merupakan contoh-contoh soalan yang bakal dijawap oleh calon yang menduduki ujian SPA.

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, tiada jawapan betul atau salah jadi calon diminta menjawab dengan jujur mengikut perwatakan diri sendiri.

Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

  • Ya
  • Tidak

Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan

  • Ya
  • Tidak

Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta merta memaklumkan kepada ketua saya

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya cuba untuk menghabiskan kerja-kerja rutin pejabat dalam waktu kerja tambahan (overtime)

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Apabila saya perlu bertanggungjawab, saya akan meminta maaf

  • Ya
  • Tidak

Apa yang orang lain minta atau mahu, saya ikuti

  • Ya
  • Tidak

Tanpa meminta pendapat orang lain saya selalu membuat keputusan sendiri

  • Ya
  • Tidak

Apabila ingin membeli-belah, saya suka menyenaraikan barangan yang menjadi keperluan sahaja bagi mengelakkan pembaziran

  • Ya
  • Tidak

Tips Lulus Ujian Psikometrik

  • Anda perlu jawab semua soalan yang dikemukakan kepada anda dengan jujur yang berkait rapat dengan anda
  • Sistem akan menolak permohonan anda jika sistem mengesan yang anda tidak jujur
  • Sebagai contoh akan ada 2 atau 3 soalan yang lebih kurang sama dengan contoh soalan di atas. Sistem boleh menilai yang anda tidak jujur berdasarkan jawapan yang anda berikan itu.
  • Perlu diingatkan setiap soalan yang dikemukakan tiada istilah jawapan yang salah atau jawapan yang betul. Yang ada hanyalah jawapan yang JUJUR

Rujukan dan Soalan Ujian Psikometrik

Untuk makluman calon yang bakal menduduki ujian Psikometrik kemasukkan ke sektor kerajaan, anda boleh dapatkan rujukan ujian psikometrik beserta jawapan lengkap dan terkini.

200 contoh soalan Psikometrik SPA 2023 yang disediakan dalam rujukan ini sedikit sebanyak akan membantu calon-calon yang akan menduduki ujian Psikometrik pada tahun ini. Tunggu apa lagi?

Dapatkan rujukan ini untuk bantu persediaan exam anda! Rujukan Ujian Psikometrik 

[+] Rujukan Ujian Psikometrik 2023

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post