3 Perkara Yang Patut Dirahsiakan

3 Perkara Yang Patut Dirahsiakan


Sebagai seorang manusia, kita tidak akan lari dengan pelbagai pertanyaan orang sekeliling tentang perihal tentang kita termasuk umur, perihal keluarga, harta, gaya hidup dan sebagainya.

Orang yang tahu tentang adab dalam pergaulan mereka lebih tahu tentang adab dalam bertanya sesuatu soalan supaya soalan yang ditanya tidak akan menguris perasaaan kawan mereka. Sepatutnya persoalan atau pertanyaan yang bersifat peribadi tidak pun perlu ditanya. 

Sikap manusia mempunyai pelbagai ragam, ada yang suka mengambil tahu hal orang lain dan sekiranya mereka mengetahui sesuatu perkara, mereka suka menghebohkan kepada orang lain. Disebabkan inilah kita digalakkan untuk merahsiakan perkara seperti umur, harta dan keluarga.  

Ada segelintir yang mempunyai perasaan dengki sekiranya mereka mengetahui tentang sesuatu perkara daripada kita. Oleh itu, kita harus merahsiakan perkara-perkara ini daripada memberitahu umum agar hidup kita bahagia dan harmoni.

 Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A’dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah. Antaranya ialah

Pertama: Rahsiakan Umurmu.

Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin mereka akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

3 Perkara Yang Patut Dirahsiakan


Kedua: Rahsiakan Tentang Harta Kita.

Kita perlu merahsiakan harta yang kita miliki agar dapat mengelakkan daripada orang lain mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati dengan harta yang kita miliki.


3 Perkara Yang Patut Dirahsiakan


Ketiga: Rahsiakan Tentang Hal Keluarga Kita.

Kita juga perlu merahsiakan hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

3 Perkara Yang Patut Dirahsiakan


Oleh itu, hendaklah kita menjaga 3 perkara ini agar kita tidak mengundang sebarang musibah dalam keluarga kita sendiri. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang perbuatan terkutuk dan keji. Aamiin.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post