Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cara Atasi Kemelut Hutang Kad Kredit

Kita menghadapi masalah kredit jika ansuran bulanan bagi kad kredit dan hutang peribadi melebihi 20 peratus gaji bersih kita. Selain itu, kita juga sedang menghadapi masalah kredit jika ansuran bulanan termasuk kereta, rumah, kad kredit dan hutang peribadi melebihi 30 peratus gaji bersih kita.
Admin

Berbohonglah jika saya katakan bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kad kredit untuk berurusan seharian. Sekurang-kurangya mesti ada sekeping kad kredit bagi setiap keluarga. Menurut sumber, pada 31 Disember 2015 terdapat 8.7 juta pemegang kad kredit dengan baki tertunggak sebanyak RM33.521 bilion.

Kad kredit jika pandai digunakan akan memberi kebaikkan kepada kita manakala jika tidak pandai digunakan akan menjadi beban kepada kita. Pengurusan kad kredit yang baik akan menjamin status kewangan kita. Mungkin ramai yang mempunyai kemelut untuk menyelesaikan baki tertunggak pada kad kredit saban hari.

Saya pernah membaca buku Ada apa dengan RM? yang ditulis oleh  Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir yang mengatakan bahawa kita menghadapi masalah kredit jika ansuran bulanan bagi kad kredit dan hutang peribadi melebihi 20 peratus gaji bersih kita. Selain itu, kita juga sedang menghadapi masalah kredit jika ansuran bulanan termasuk kereta, rumah, kad kredit dan hutang peribadi melebihi 30 peratus gaji bersih kita. -

Setiap orang mesti impikan hidup bebas hutang termasuk juga saya. Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mengatasi kemelut hutang kad kredit. Antara cadangan untuk menyelesaikan kemelut ini ialah

Cara Atasi Kemelut Hutang Kad Kredit


  1. Membuat pembayaran kad kredit secara konsisten
  2. Bayar baki kad kredit semaksimun mungkin jika ada lebihan duit
  3. Belanja menggunakan tunai sahaja
  4. Membayar baki kad kredit mengikut due bagi mengelakkan cas bayaran lewat
  5. Tidak menggunakan kad kredit untuk membeli barang bukan keperluan
  6. Jangan menambah hutang pada kad kredit
  7. Mencatat jumlah perbelanjaan menggunakan kad kredit
  8. Bayar hutang kad kredit menggunakan bonus, wang sampingan


Buatlah perubahan positif  dalam hidup kita dengan berhijrah daripada tabiat suka berhutang kepada hidup tanpa hutang. Selain itu buanglah terma “biar papa asalkan bergaya” dalam kamus hidup kita supaya kita dapat bebaskan diri kita dari hutang yang akan membelenggu hidup kita.

Sempena penangguhan pembayaran hutang pinjaman sempena COVID-19 ini, gunakanlah peluang ini untuk merancang kembali pengurusan kewangan kita. Jika mampu untuk menyelesaikan baki pinjaman lebih awal, baik kita selesaikan dengan cepat supaya hidup kita tenang dan bebas dari hutang.

Tips dan panduan bebas hutang


Mungkin ramai tidak tahu cara untuk membebaskan diri dari masalah hutang yang dihadapi. Sebenarnya terdapat ebook Panduan Bebas Hutang yang telah ditulis oleh  Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Ha. Buku panduan bebas hutang ini adalah perkongsian tentang prinsip, tips serta teknik bagaimana boleh melepaskan diri dari belengu hutang serta hidup merdeka tanpa hutang.

Terdapat begitu banyak info, tips, teknik, ilmu serta pengalaman sebenar telah kongsikan oleh Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Ha di dalam ebook ini!. Antaranya adalah seperti berikut...

  • 3 Sebab mengapa manusia berhutang. Apabila anda ketahui sebab ini, maka anda akan lebih berhati-hati apabila mahu membuat sesuatu hutang.
  • Terdapat 4 Jenis hutang yang perlu anda ketahui. Dari 4 tersebut, hanya 1 sahaja yang boleh diteruskan dan yang 3 lagi, perlu dihindarkan dan dielakkan.
  • Ada 3 perkara wajib yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang. Tanpa 3 perkara ini, anda mungkin akan terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya.
  • Saya pecahkan kategori hutang ini kepada 3 kategori, iaitu hutang besar, hutang sederhana dan hutang kecil. Dalam setiap kategori dan jenis hutang itu, saya kongsikan cara penyelesaiannya.
  • Saya kongsikan juga 10 Prinsip & Perkara Penting Yang Perlu Anda Lakukan untuk melangsaikan semua hutang di dalam hidup anda!
  • 3 Langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas.
  • 3 Langkah efektif yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan dan gagal membayar hutang anda
  • 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda elakkan dari terjebak dengan masalah hutang.
  • Amalan harian serta doa yang mampu membantu melepaskan diri dari hutang serta stress akibat hutang.


Dapatkan sekarang tips Panduan Bebas Hutang ini dengan klik banner di bawah



“Jika seorang Muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahawa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia,” - Riwayat Ibnu Majah

19 comments

  1. Alhamdulillah za mmg tak amalkan apply kad kredit ni sbb pernah tgk ahli terdekat hadapi mslh dgn kad kredit ni. Bahaya kalau x pandai handle kewangan.
  2. Takut dengar bab hutang kad ni..
    Alhamdulilah Suami Sis dari dulu hgga sekarang memang kami takde guna kad kredit..hanya debit aje..belanja ikut aje kemampuan..walaupun ianya satu keperluan..jangan cuba-cuba brhutang, tido tak lena di buatnya...
  3. takut nak apply credit card. takut tak terbayar. hukhuk. btw, nice info. dapat ilmu baru harini. thank youuu
  4. Kad kredit ni bahaya tau sebab kita boleh beli walaupun kita takde cash in hand. Haaa nanti merana tengok hutang yang kita buat tu.
  5. Memang betul guna kad kredit ni sweonok tapi bila time bayar dah pening... ao guna bila perlu je tau jgn ikut nafsu...
  6. paling penting adalah disiplin dalam membuat pembayaran. jangan tertangguh. ramai yang kecundang sebab suka tertangguh. sebenarnya pada mommy ada cc ni bagus jugak
  7. kalau pakai kad kredit ni kena belanja ikut kemampuan dan berwaspada. disiplin masa bayar setiap bulan.
  8. This is a good information sharing and tips. All of us need to be aware walopun kita Bukan kaki swipe. Hehehe.
  9. mmg tk pernah ada kad kredit..guna debit kad shj..utk pengguna kad kredit mmg kena hati2, jgn seronok shopping tp tk ingt yg tu semua hutang..kn tk psl2 berganda2 interest if tk byr ikut duedate
  10. memang kena berhati2 dan berwaspada dalam penggunaan kad kredit. alhamdulillah saya & keluarga memang tak ada kad kredit. selain itu kena bijak juga mengawal perbelanjaan.
  11. Kad kredit memng mudahkan pembelian, tapi kdang membahayakan. Nak bayr pun kene konsisten kan..nad tak pakai kredit kad, takut terover pulak membeli..hahaa
  12. Perkongsian yang bagus. Dulu saya memang langsung tak ada kad kredit. Masa umur 33 tahun pertama kali guna kad kredit. Tapi guna bila keadaan terdesak. Alhamdulillah setiap bulan konsisten bayar dengan jumlah yang maksimum
  13. bagus info ni. memang kena bijak dan hati2 menggunakan kad kredit ni. insyaAllah
  14. nice sharing ni! Orang2 muda zaman skrg kalau guna kad kredit tak ingat dunia. Swipe aje! Tapi akibatnya di kemudian hari!
  15. Perkongsian yang bagus kak. Kad kredit ni kalau kita guna dengan berhemah. Dia akan jadi satu kegunaan yang baik. Tetapi sikap manusia ni, suka berbelanja bukan wang dia. Bila dah berhutang takmo langsaikan sebaiknya secara bulanan. Jadi, kena hati-hati lah dalam hal ni. Tak tenang hidup nanti.
  16. Kad kredit ni bagus sebenarnya yang tak bagus kalau tak komited nak bayar balik tu. Lama-lama jadi hutang yang berat sangat untuk di bayar tu yang susah.
  17. Sy mmg x guna kad kredit mungkin sy tahu tabiat berbelanja saya yg agak.merbahaya
  18. saya memang byk guna kad kredit. cashless.
    and akan byr ikut amaun yg tercatit dan sebelum due date.
    sendiri mesti nak sedar diri. jgn terlebih membeli dan membyr dgn kad kredit.
    dan dgn kad kredit, saya byk guna kemudahan instalment 0%. ni yg paling saya suka tentang kad kredit.
    instead of paying lumpsum secara tunai, better kita gunakan instalment 0% ni.
    cash boleh disimpan utk kecemasan yg lain :)
  19. Itu la, kadang bahaya juga pakai kad credit. Time swipe tak sakit tapi time bill sampai hahahahhh baru tau terlajak belanja.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.