Siri Honor 90 Dilancar di Malaysia

Beberapa hari yang lalu, Honor iaitu syarikat peranti pintar global telah melancarkan siri honor yang terbaru iaitu honor 90. 

Honor melancarkan siri HONOR 90 dengan harga bermula dari RM1, 099. 

Honor 90 5G

HONOR 90 5G tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan iaitu 12GB+256GB dan12GB+512GB pada harga RM1,799 dan RM2,099

Honor 90 dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition (4 nm) yang mempunyai skrin 6.7-inci AMOLED. 

Honor 90 5G mempunyai kamera belakang Triple: 200 MP, f/1.9, (wide), 1/1.4", 0.56µm, PDAF + 12 MP, f/2.2, 112˚ (ultrawide), AF + 2 MP, f/2.4, (depth) MP. Ciri kamera dalam honor 90 ini membawa revolusi baharu dalam fotografi telefon pintar dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan.

Selain itu juga, Honor 90 5G menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, HSPA, LTE-A dan 5G. Ia juga dilengkapi dengan Li-Po 5000 mAh dengan ketebalan peranti 7.8 mm, seberat 183g, dan menggunakan Android 13, MagicOS 7.1.

honor 90 5g


Honor 90 Lite 5G 

Manakala HONOR 90 Lite hadir dalam warna Cyan Lake dan Midnight Black pada harga RM1,099.

Peranti Honor 90 Lite ini dilengkapi kamera Ultra 100MP, paparan 6.7 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, memori tambahan 8GB serta penstoran bersaiz 256GB.

honor 90 lite


Honor Pad X9

Selain pelancaran telefon pintar honor 90, honor juga telah melancar Honor Pad X9. , HONOR Pad X9 tersedia dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post