Semak Prestasi SEO Website Dan Blog


Semak Prestasi SEO Website Dan Blog. Bagi seorang blogger, seo sangat penting bagi meningkatkan bilangan pengunjung yang datang ke blog bagi mendapatkan maklumat. Blog atau website yang mempunyai skor seo yang tinggi membolehkan laman web kita berada di halaman pertama carian enjin.

Sudah kita sedia maklum bahawa enjin carian adalah tools yang selalu digunakan untuk mencari sesuatu maklumat seperti Google, Yahoo dan Bing. Pada masa kini, Google adalah enjin carian yang sering digunakan oleh semua pengguna kerana lebih mesra pengguna.

Jika website kita mempunya seo yang baik mungkin website kita akan terpapar pada halaman pertama enjin carian. Paparan website pada halaman pertama enjin carian boleh meningkatkan bilangan pengunjung ke website kita.

Apa itu Search Engine Optimization (SEO)?



Search Engine Optimization atau lebih dikenali dengan singkatan SEO adalah amalan meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke laman web anda melalui keputusan search engine secara organik (Definasi dari Moz).



Semak SEO Blog Menerusi Neilpatel


Neilpatel selalu digunakan oleh blogger untuk menyemak skor SEO blog mereka kerana lebih baik. Sudah lama saya tidak menyemak skor seo blog ini menggunakan Neilpatel. Jika korang nak tahu, menyemak prestasi SEO menggunakan Neilpatel sekarang lebih baik kerana maklumat yang diberikan berkaitan dengan blog kita lebih jelas dan memudahkan kita mengemaskini sebarang masalah yang ada pada blog kita bagi meningkatkan skor SEO.

Apabila saya menyemak skor SEO menggunakan Neilpatel sekarang, maklumat yang diberikan lebih jelas dan saya dapat membaiki segala error yang ada di blog saya dengan lebih mudah supaya SEO dapat dipertingkatkan.

Semak sini Neilpatel


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url