50 Cadangan Aktiviti Menarik Sempena Bulan Kemerdekaan

shares



Cadangan Aktiviti Menarik Sempena Bulan Kemerdekaan. Sedar tak sedar kita dah berada di bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan dan hari kebangsaan. Pada bulan ini, banyak organisasi termasuk sekolah akan melaksanakan sambutan hari kemerdekaan.

Sebelum kita lihat apa aktiviti yang menarik sempena bulan kemerdekaan ini, jom lah sama-sama kita tahu serba sedikit apa tema hari kebangsaan pada kali ini.

Sempena Kemerdekaan yang ke-62 ini, antara tema yang dipilih bagi menyambut  Hari Kebangsaan atau Merdeka ke 62 serta Hari Malaysia 2019 ialah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Semoga kemerdekaan di negara kita berterusan dan dapat dikekalkan untuk anak cucu kita nanti.


Tema Hari Kebangsaan 2019


Logo Hari Kebangsaan 2019



Logo dan Rasional Logo





Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2019







Lirik Lagu Malaysia Bersih


Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Bagai Negara
Yang Kekal Merdeka

Amanah Bangsa
Kita Pikul Bersama
Jadikan Malaysia Bahagia

Asal Budaya Kita
Budi Pekerti Indah
Amanah Jujur
Amalan Kita

Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Kita Bina Negara
Perangi Rasuah
Kita Satukan Hati
Demi Ibu Pertiwi

Keutuhan Jiwa
Membina Nurani
Moga Kita Terus Disanjungi

Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Sebagai Negara Yang Kekal Merdeka

Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Malaysia Bersih
Harapan Kita
Malaysia Bersih
Harapan Kita



Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff


Muat turun di sini VIDEO | MP3




Cadangan Aktiviti Menarik Sempena Bulan Kemerdekaan


Antara cadangan aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah ialah,


Pertandingan Semasa Bulan Kemerdekaan

  1. Pertandingan menyanyi lagu patriotik
  2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak
  4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
  5. Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (frog vlefrog/blogspot)
  6. Pertandingan  mewarna
  7. Pertandingan menulis esei
  8. Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan
  9. Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan (fashion show)
  10. Pertandingan pantun Hari Kebangsaan
  11. Pertandingan teka silang kata
  12. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan
  13. Pertandingan "selfie" sempena Hari Kebangsaan
  14. Pertandingan teka silang kata
  15. Pertandingan treasure hunt/explorace merdeka
  16. Pertandingan memasak makanan tradisional (kuih muih dll)
  17. Pertandingan tradisional (gasing, wau dll)
  18. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
  19. Pertandingan menghias basikal merdeka
  20. Pertandingan drama patriotisme
  21. Pertandingan tarian tradisional
  22. Pertandingan mencipta doodle hari kemerdekaan
  23. Pertandingan melukis batik
  24. Pertandingan fotografi

Aktiviti Kibarkan Semangat Kemerdekaan

  1. Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
  2. Larian kemerdekaan/ Hari Kebangsaan
  3. Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
  4. Menghias kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan
  5. Menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  6. Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
  7. Perarakan Hari Kebangsaan/ Kawad kaki
  8. Melakonkan situasi hari kemerdekaan
  9. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
  10. Tayangan video kemerdekaan (Sarjan Hassan dll)
  11. Sambutan Ambang Kemerdekaan (malam 30 ogos)
  12. Berbasikal sempena Hari Kebangsaan
  13. Membuat portfolio sejarah kemerdekaan
  14. Menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  15. Konvoi merdeka
  16. Memakai pakaian tradisional
  17. Lawatan sambil belajar ke muzium perang
  18. Pameran kemerdekaan
  19. Kibarkan jalur gemilang
  20. Menjemput tentera/askar untuk membuat persembahan
  21. Hasilkan sudut patriotisme di dalam kelas
  22. Bicara spontan Hari Kebangsaan
  23. Melancarkan gimik persembahan hari kemerdekaan
  24. Pelancaran Hari Kemerdekaan
  25. Laungan Hari Kemerdekaan
  26. Majlis penutupan bulan kemeerdekaan
Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang program sempena hari kemerdekaan. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.


Related Posts

1 Comments

  1. Solat hajat dan bacaan yassin tu yang saya rasa terbaik.

    ReplyDelete