13 Saluran Percuma myFreeview


13 Saluran Percuma myFreeview. myFreeview ialah siaran TV digital yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi mengantikan siaran analog yang akan ditamatkan perkhidmatan secara beransur-ansur. Siaran analog bagi wilayah tengah dan selatan semenanjung Malaysia telah ditamatkan pada 19 Ogos yang lalu. Siaran analog ini akan ditamatkan sepenuhnya pada 30 September 2019 di seluruh negara.



Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

13 Saluran Percuma myFreeview 


Melalui myFreeview, terdapat 13 saluran percuma yang akan ditawarkan kepada penonton di seluruh negara. Oleh itu penonton dapat menyaksikan program-program penyiar TV percuma seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, TV Al Hijrah dan Bernama News Channel dengan lebih baik.



Kelebihan myFreeview



  • Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.
  • Bunyi yang berkualiti tinggi.
  • Percuma - tanpa bayaran bulanan.
  • Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.
  • Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.
  • Kelebihan merakam program pada masa akan datang.


Jenis TV untuk myFreeview


1. Set TV Biasa


Siaran myfreeView ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan oktober nanti. Bagi mengunakan perkhidmatan ini, Set TV lama sudah mencukupi untuk mendapatkan servis ini asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.

2. IDTV (Integrated Digital Television)


Selain itu juga, TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.


Cara untuk mendapatkan siaran digital myFreeview



Set TV Biasa

Set TV biasa sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder DVB-T2 menggunakan kabel AV/HDMI.

IDTV

Set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder DVB-T2. Set IDTV telah mula dijual di pasaran.

Dekoder DVB-T2

Ia juga dikenali sebagai alat penerima DVB-T2 yang perlu digunakan untuk menerima siaran digital myFreeview. Dekoder DVB-T2 boleh didapati di kedai elektronik di seluruh negara mulai November 2016.

Aerial UHF

Aerial UHF perlu dipasang dan disambung kepada terminal aerial dekoder/IDTV. Ada dua jenis aerial yang boleh digunakan iaitu:

Aerial Dalaman: Aerial ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang daripada 25km daripada stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan aerial dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).

Aerial Luaran: Aerial luaran adalah pilihan terbaik dan boleh menerima isyarat pemancaran dengan baik apabila aerial dihalakan ke arah stesen pemancar. Alat 'booster' tidak perlu dipasangkan kepada aerial kerana kebanyakan 'booster' tidak membantu dan sebaliknya mengganggu penerimaan isyarat


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url