Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing



1. Kenapa Kambing?
Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah  7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.

2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Tenaga Kerja - Siapa Nak Jaga?
Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.

4. Kandang Kambing
Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing.

5. Makanan Kambing
Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.  Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

6. Baka Kambing
Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka...kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

7. Pembiakan Kambing
Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

8. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

9. Teknik Memerah Susu
Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

10. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

11. Pemasaran
Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.


Jika ada yang berminat untuk dapatkan panduan ini, bolehlah klik banner di bawah.

2 Comments

  1. buku ni available lagi ke?

    ReplyDelete
  2. boleh klik banner kat atas untuk maklumat lanjut...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post