Teknik SEO Tingkatkan Traffic Blog

Image by Search Engine Land

Search Engine Optimization (SEO) adalah sangat penting untuk dipelajari kerana SEO memainkan peranan  dalam meningkatkan traffic blog atau website. Kebanyakkan pengguna internet akan mencari maklumat melalui carian di Google menggunakan keywords.

Jika hasil carian di Google yang muncul adalah website kita yang berada di ranking pertama maka visibility kita semakin meningkat seterusnya traffic blog kita akan meningkat  Mengaplikasi teknik-teknik SEO yang tepat akan menjurus kepada peningkatan traffic blog dan seterusnya meningkatkan revenue adsense. Adakah teknik SEO penting?

Baca Cara Atasi Halaman Yang Terkena Notis DMCA

Saya pernah membuat eksperimen, walaupun blog kita mempunyai skor SEO yang tinggi, jika keywords kita tidak bagus maka blog kita tidak akan tersenarai di ranking top 5 Google. Di sini jelas menunjukkan bahawa teknik SEO penting dalam masa yang sama pemilihan keywords juga adalah sangat penting.

Sebagai contoh, skor seo blog ini apabila di semak di Neilpatel mendapat skor lebih kurang 93 (A). Tetapi apabila membuat carian di Google menggunakan keywords yang menjurus kepada niche blog saya, nampaknya blog saya tidak tersenarai di ranking google.



Pada tahun 2019 pula, telah berlaku perubahan algoritma Google yang nampaknya akan memberi kesan kepada hasil carian. Sejak kebelakangan ini, saya jarang update blog kerana sibuk dalam masa sama saya tengah bereksperimen untuk meningkatkan traffic blog yang tak seberapa ini. Antara teknik seo yang saya praktikkan ialah

Teknik SEO Tingkatkan Traffic Blog

  • Fokus kepada long tail keywords (kata kunci) contohnya "cara meningkatkan traffic blog"
  • Menulis info yang bermanfaat, padat dan menarik serta panjang artikel sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan
  • Membuat pautan ke artikel dalam blog (internal link) atau artikel di luar blog (external link)
  • Kongsi artikel ke sosial media bagi menarik pengunjung datang ke blog
  • Update entri-entri lama
  • Lain-lain korang boleh cari sendiri 

Setiap penulis blog mungkin mempunyai cara yang berbeza memanfaatkan SEO. Saya budak masih belajar dalam dunia SEO ni. Jom kongsikan apa yang korang lakukan untuk meningkatkan traffic blog.


Next Post Previous Post
21 Comments
  • el
    el May 04, 2019

    tak pandai sangat bab2 SEO ni..dulu rajinlah mentelaah tentang SEO ni..tp tak jugak faham2 haha..benak sgt ku kihkihkih tp pd mereka yang terer bab2 SEO ni untunglah trafik mencanak sesajakan..tp pernahlah bila mengugel tu blog kita ranking no. 1..(tutup telinga) haha

  • Qeela
    Qeela May 04, 2019

    mmg betul, bagi blogger SEO ni mmg penting kan kalau nk maju lg dan bertahan lama di arena gitu heheh. qeela so far tak habis study lagi about SEO ni sejujurnya, tp point2 utama tu mcm yg disenaraikan diatas ni qeela ambil tau jugaklah sikit2 kan dulu2..then xberapa focus sgt blogging pulak but now insyaAllah nk cuba focus blogging or seimbangkan balik blogging dgn social media yg lain2 hehe.

  • Maya
    Maya May 04, 2019

    Oh...algorithm carian google berubah ke? Patutlah page view blog saya jadi berkurangan. Aduh. Kena kaji balik no macam mana nak tingkatkan trafik

  • budakbandunglaici
    budakbandunglaici May 04, 2019

    bagi BBL SEO ni sangat penting tambah lagi nak tarik tarfik ke blog kita tapi itu lah masih tak berapa nak pandai bab SEO ni. kena pergi kelas belajar master SEO agaknya..

  • MiaZain
    MiaZain May 05, 2019

    Memang penting juga untuk tahu serba sedikit ttg SEO ni kan. Terutama ttg penggunaan keywords. Memang kena berguru dengan yang mahir.

  • AyuArjuna BiGoshh
    AyuArjuna BiGoshh May 05, 2019

    tq for sharing this...until today saya still failed tentang seo..ingat nak dalami lagi ilmu ini untuk masa depan blog

  • Bonde Zaidalifah
    Bonde Zaidalifah May 05, 2019

    Terima kasih diatas perkongsian.. Bagus ni, bolehlah dimanfaatkan kepada blog sy nanti.. Terima kasih diatas tunjuk ajar...

  • Wai Yee aka Rane
    Wai Yee aka Rane May 05, 2019

    Thank you for the tips. I think everyone especially bloggers like us need to know about this. It's essential for our page to be SEO friendly

  • Mimie
    Mimie May 05, 2019

    Tak kisahlah budak baru belajar ke apa tapi kalau ilmu yang dikongsikan bermanfaat why not kita praktikkan. Nanti boleh try teknik yang awak share ni annti dekat blo .

  • nikkhazami
    nikkhazami May 05, 2019

    kalau update entri entri lama ranking tu akan turun tak? risau, sbb saya pernah edit, pastu artikel tu terus tak muncul di page pertama.

  • saidila
    saidila May 05, 2019

    walaupun saya sendiri masih tak mahir dalam SEO , tapi alhamdulillah kelas SEO yang saya pernah masuk sedikitr sebanyak memang membantu untuk menaikkan trafic di blog saya ...

  • Zharif Azis
    Zharif Azis May 05, 2019

    banyak lagi nak kena belajar pasal SEO nie. maklumlah sy baru berjinak2 dengan SEO jd xberapa nak mahir. mmg penting utk kita master bab nie utk tarik trafik ke blog kita.

  • Tenshi Chn
    Tenshi Chn May 06, 2019

    Not smart with seo at all but at least I'm happy to get some input from yr Blogpost!! Thanks for sharing

  • Mouse Mommy Treats
    Mouse Mommy Treats May 06, 2019

    Ya, sokong. Pengkongsian maklumat yang bermanfaat dapat sambutan yang menarik. Kena rajin share link jugak utk reach out.

  • CXopportunities
    CXopportunities May 06, 2019

    Wah! Seo! Cx fail betul pasal seo. Tabik betul pada mereka yg tahu pasal seo ni. Tapi seo mmg penting ntk blogger seperti kita ni kan. Terima kasih sebab dah kongsikan maklumat seo yang sangat berguna . Bolehlah cx rujuk sini ntk study slow². Terima kasih! Banyak ilmu baru cx dapat nu

  • Tengkubutang
    Tengkubutang May 06, 2019

    TB tak pandai-pandai lagi bab SEO dari sepenjang berblog dari 2013 hingga kini .. Tak tahu lah bila nak pandai .. huhu.. tapi mujurlah bloh masih berjalan lancar seperti biasa dan view masih statik

  • Rawlins GLAM
    Rawlins GLAM May 06, 2019

    Rawlins memang gagal kalau pasal SEO nie. Rasanya kena ada kelas khas untuk para blogger memanfaatkan SEO nie kan. Kalau ada, teringin gak nak belajar agar dapat meningkatkan prestasi blog Rawlins

  • Nina Mirza
    Nina Mirza May 07, 2019

    Bagusnya perkongsian. Kita tak expert bab Seo ni. Memang kena belajar kalau nak maju. Benda gini makan bertahun bukan sesenang boleh terus jadi kannnn? Nak explore lebih kita pun tak reti, prlan pelan belajar dan praktikkan InsyaAllah boleh kot kannn

  • Cik Puan Ena
    Cik Puan Ena May 07, 2019

    Honestly ena tak paham camne SEO ni tapi kalau diberi peluang ada kelas memang nak join. Hehe..even blogging dah lama tapi masih fail bab SEO. Tq sharing tips. At least ada yang ena paham boleh membantu naikkan trafik blog.

  • Faries
    Faries May 07, 2019

    Akhirnya dpt pun entru baru cara nk bnykkn views. Bagus sangat perkongsian ni. Bnyk ilmu dan tip berguna. heheh

  • Zaini
    Zaini June 01, 2020

    Jika jarang update blog tetapi mempunyai konten yang berkualiti adalah cukup bagus untuk tarik pembaca yang berterusan.

    Konten yang panjang dan berkualiti lebih mendapat tempat di Google.

Add Comment
comment url