Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cara Atasi Halaman Yang Terkena Notis DMCA

Admin

Sebelum saya cerita apa yang telah saya lakukan untuk mengatasi notis DCMA jom kita tahu apa itu DMCA. DMCA ialah satu undang-undang yang melindungi hak cipta (copyright) secara digital.

The Digital Millennium Copyright Act is a 1998 United States copyright law that implements two 1996 treaties of the World Intellectual Property Organization. It criminalizes production and dissemination of technology, devices, or services intended to circumvent measures that control access to copyrighted works.


2 minggu lepas, blog ini  telah menerima satu notis dari DMCA kerana telah melanggar peraturan hak cipta digital. Seorang blogger dari Indonesia telah melaporkan URL blog saya kerana telah menggunakan template beliau tanpa izin sedangkan saya tidak menggunakan template beliau seperti yang dikatakan.


Blog saya juga telah berada dalam senarai pihak ketiga iaitu Lumen. Lihat sini


Apabila disemak halaman yang telah dilaporkan, saya dapati tiada pun penulisan saya menyalin halaman blogger tersebut atau menggunakan template beliau. Pada halaman yang dilaporkan, blogger tersebut telah menyatakan saya mencuri template blog yang beliau hasilkan dengan melaporkan kepada DCMA dengan ayat 

"Mereka telah membajak produk berbayar milik saya yaitu template premium blogger "Viomagz"


Halaman yang telah dilaporkan oleh blogger tersebut mungkin disalah ertikan. Pada halaman tersebut, saya hanya membuat beberapa review tentang template yang sesuai digunakan termasuk template Viomagz. Saya tak pasti apa motif blogger tersebut melaporkan URL blog saya kepada DMCA.

Selepas mendapat notis dari DMCA apa yang saya lakukan ialah


  1. Saya menghapus secepat mungkin halaman yang telah dilaporkan walaupun halaman saya tidak sedikit pun menyalin halaman blogger tersebut dan saya tidak mencuri pun template yang dikatakan oleh blogger tersebut.
  2. Perkara yang kedua saya lakukan ialah saya menggunakan http header 410 dengan menghapuskan halaman yang masih ada di enjin pencarian supaya google tidak mengindex halaman tersebut
  3. Selain itu juga, saya telah  remove URL melalui Search Console dengan secepat mungkin.


Sekarang ini, saya masih menunggu sama ada blog saya akan diremove sepenuhnya oleh google ataupun tidak. Jika korang masih dapat membaca entri ini bermaksud blog saya masih ada. Jika ada blogger yang lain pernah mengalami nasib yang sama, boleh lah kongsi pengalaman korang semua.

Penting saya ingatkan kepada blogger2 di luar sana supaya penulisan blog adalah karya asal kita. Jika ada yang kita copy dari mana-mana sumber pastikan berikan kredit kepada sumber tersebut.




22 comments

  1. glad you sharing here, I find it complicated but good you sharing this. this is one of the reasons I seldom change template. I forgot of how to change as it takes hours for me to do it. lol
  2. Bagusnya ada sharing ini. Kalau Rawlins, memang mati kutu la tak tau nak buat apa.
    Tapi Rawlins tak reti sangat menda teknikal gini.
    Kena cari expert gak la kalau Rawlins terkena.
  3. Uish! Boleh pula dia claim padahal kita share pasal template dia. Supposed to be dia banggalah kan? Entah apa² jela. Tak memasal memberi kesan negatif kepada blog kita. Bagus sharing ni. Atleast kita tahu apa nak buat. Thanks!
  4. Tak pernah kena lagi macam ni. Tapi this is a good thing to share. Mana tau in the future kita terkena kan. Boleh resolve terus. Tak lah rasa menggelabah sangat
  5. Alamak... Kalau nina yang terkena opkos terus mengelabah. Bukan apa, kita memang tak reti bab teknikal ni. But hope sharing awak ni membantu ramai blogger lain yg alami situasi yg sama. Moga cepat selesai urusan awakdan dijauhi laaa nina masalah sebegini. Aamiin
  6. Tak pernah ada pengalaman macam ni. Tapi bagus untuk informasi kita sebagai blogger. Tak sangka boleh dibuat kaporan sehingga ke peringkat atasan
  7. Perkongsian yg bagus ni. Risau jugak bila kejadian mcm ni berlaku. Kena hati2 dn dijauhkan dgn pekara2 mcm ni berlaku
  8. oo..sad . it's happen on you. so we had to be always alert on it also. so far i got put water mark and the blog is by blogspot templete should use by anyone . i like my current style also.hehe
  9. pertama kali baca blogger alami situasi macam ni..Macam mana dia boleh claim ye..kesiannya awak..harap tak terjejas la blog awak, sebab awk dh padam semua tu..
  10. wah bagus betul info ni, zul nak kongsikan dengan kawan-kawan lah, zaman sekarang it makin bahaya dengan benda macam ni. Kene lebih berhati-hati. thanks for info
  11. Tak pernah dgr pengalaman yg macam ni. Tapi bagus juga untuk peringatan bersama. Thank.you
  12. bahaya kalau kena macam ni...youtube pun ada yang kena macam ni... tapi kalau kita tak buat tapi teraniaya..memang rugi la terpaksa delete post2 serta video yang dah ada pengikut dan view...
  13. Tak sangka boleh kena report gitu. By the way, good sharing. Boleh laa rujuk kalau terkena, tapi harapnya tak lah. Http header 410 tu pula apa ye? Mcm mana nak buat?
  14. Info yang sangat berguna untuk kita semua. Terima kasih atas perkongsian ini. Moga bermanfaat untuk para pembaca.
  15. Thanks for sharing this, its very useful sometimes it happen so tak la kelam kabut. Have to delete the links
  16. Terima kasih atas info ini.. baru tahu tentang notis ni.. dia hantar melalui email ye? Yeah.. betul tu.. kalau nak share apa-apa dari sebarang blog atau artikel pastikan credit kepada penulis asal..
  17. First time dengar pasal DMCA ni. takut juga hasil karya kita orang lain pula claim kata kita copy. yes memang kena kredit untuk penulis. thanks for sharing
  18. Tq for sharing, takut jgk blog kena remove sbb kak dulu2 pernah jgk amik article utk sharing
  19. Perkara copyright ni bukan isu main-main. Kalau sekali kena, mesti panjang kes. Sebab tu apa sahaja yang digunakan dalam internet untuk kita jana pendapatan. Silalah invest, beli template, upah designer dan gambar kita sendiri bubuh watermark. Template kalau percuma, risiko ke hack pun tinggi melainkan kita pandai baca code untuk remove beberapa aksara supaya tidak terkena kunjungan back door. Sekarang blogger punya template pun dah setanding wordpress. cuba buat template sendiri. puas hati kalau dapat buat tau. hehe
  20. Bagusnya tips ni. Boleh try gunakan nnti klu jadi kt posting kite ke kan. First juga dengar pasal DMCA ni. Thanks for sharing yer
  21. Hmm...this is new. Yeah copyrighted materials are quite subjective but then again it needs to be tackled immediately to avoid any unnecessary consequences. Thanks for sharing.
  22. wahhhh! info ni sangat berguna. moga blog ini masih lagi ada dan kamu boleh berblogging selamanya. Anyway, first time jugak dengar tentang DMCA ni, hee
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.