Teknik SEO Tingkatkan Traffic Blog

Image by Search Engine Land

Search Engine Optimization (SEO) adalah sangat penting untuk dipelajari kerana SEO memainkan peranan  dalam meningkatkan traffic blog atau website. Kebanyakkan pengguna internet akan mencari maklumat melalui carian di Google menggunakan keywords.

Jika hasil carian di Google yang muncul adalah website kita yang berada di ranking pertama maka visibility kita semakin meningkat seterusnya traffic blog kita akan meningkat  Mengaplikasi teknik-teknik SEO yang tepat akan menjurus kepada peningkatan traffic blog dan seterusnya meningkatkan revenue adsense. Adakah teknik SEO penting?

Baca Cara Atasi Halaman Yang Terkena Notis DMCA

Saya pernah membuat eksperimen, walaupun blog kita mempunyai skor SEO yang tinggi, jika keywords kita tidak bagus maka blog kita tidak akan tersenarai di ranking top 5 Google. Di sini jelas menunjukkan bahawa teknik SEO penting dalam masa yang sama pemilihan keywords juga adalah sangat penting.

Sebagai contoh, skor seo blog ini apabila di semak di Neilpatel mendapat skor lebih kurang 93 (A). Tetapi apabila membuat carian di Google menggunakan keywords yang menjurus kepada niche blog saya, nampaknya blog saya tidak tersenarai di ranking google.



Pada tahun 2019 pula, telah berlaku perubahan algoritma Google yang nampaknya akan memberi kesan kepada hasil carian. Sejak kebelakangan ini, saya jarang update blog kerana sibuk dalam masa sama saya tengah bereksperimen untuk meningkatkan traffic blog yang tak seberapa ini. Antara teknik seo yang saya praktikkan ialah

Teknik SEO Tingkatkan Traffic Blog

  • Fokus kepada long tail keywords (kata kunci) contohnya "cara meningkatkan traffic blog"
  • Menulis info yang bermanfaat, padat dan menarik serta panjang artikel sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan
  • Membuat pautan ke artikel dalam blog (internal link) atau artikel di luar blog (external link)
  • Kongsi artikel ke sosial media bagi menarik pengunjung datang ke blog
  • Update entri-entri lama
  • Lain-lain korang boleh cari sendiri 

Setiap penulis blog mungkin mempunyai cara yang berbeza memanfaatkan SEO. Saya budak masih belajar dalam dunia SEO ni. Jom kongsikan apa yang korang lakukan untuk meningkatkan traffic blog.


21 Comments

Previous Post Next Post