Operasi X The Movie Memang Best - #MovieReview


Hari ini baru berkesempatan untuk menonton filem #operasixthemovie di GSC, Queensbay sejak filem ini mula ditayangkan pada 1 November yang lalu. Pertama kali menonton filem ini, saya rasa OperasiX ini adalah filem yang terbaik dan sangat best untuk bulan ini. Pada pengemar filem melayu, operasi x adalah salah satu filem yang wajib ditonton. Untuk baca sinopsis operasi x the movie boleh lah baca review trailer movie di sini.

Permulaan cerita operasi x the movie boleh saya simpulkan sangat mendebarkan apabila kuncu-kuncu Mat Bong (lakonan Amerul Affendi)  diserang oleh pihak PDRM  di tempat rahsia penyeludupan dadah. Serbuan yang dilakuan oleh PDRM disusuli dengan kejadian tembak-menembak menyebabkan kematian sahabat baik Asp Redzuan (lakonan Aaron Aziz) iaitu Inspektor Aman. Part ni, saya rasa saya nak pegang pistol dan tembak-menembak..haha..Pengakhiran serbuan itu juga menyebabkan kematian Mat Bong iaitu adik Belut (lakonan Awie).

Kematian Mat Bong telah disampaikan kepada Belut oleh orang kanan beliau iaitu Bashah. Berita tentang kematian Mat Bong menyebabkan Belut ingin mencari siapakah yang membunuh adiknya. Selepas kematian Mat Bong dan Inspektor Aman dalam serbuan, maka bermulalah konflik membalas dendam antara Belut dan Asp Redzuan.



Kematian Mat Bong yang disangkakan ada kaitan dengan Asp Redzuan menyebabkan Belut ingin membalas dendam kepada Asp Redzuan. Namun dalam masa yang sama, Asp Redzuan telah melancarkan Operasi X bersama dengan beberapa rakan iaitu Pablo, Nash, Janggut dan Ali Mat  untuk menumpaskan Belut. Cerita ini semakin menarik apabila operasi x telah bermula di mana Asp Redzuan mula memburu Belut. Part ni rasa macam best apabila rakan-rakan Asp Redzuan memainkan peranan masing-masing dalam operasi X seperti Nash jadi pengajar tarian salsa kepada Belut, Ali Mat buat-buat langgar kereta kuncu-kuncu Belut dan sebagainya.

Filem operasi X semakin menarik apabila Belut mula mengetahui pembunuh Mat Bong ialah kawan baiknya sendiri iaitu Bashah. Bashah juga bercita-cita ingin merampas empayar yang dibina oleh Belut. Part ni rasa geram kat Bashah kerana bersikap pentingkan diri sendiri. Sebagai balasan, akhirnya Bashah telah dibunuh oleh Belut. Akhir cerita ini menyaksikan Belut berjaya ditumpaskan dalam operasi X yang diketuai oleh Asp Redzuan.


Selepas menonton #operasixthemovie, saya boleh simpulkan bahawa review awal saya tentang filem ni adalah betul. Filem yang sangat menarik untuk tahun 2018!! Saya beri 4 bintang daripada 5 bintang kepada filem ini. Sedikit komen saya tentang filem Operasi X ini,

Watak
Pemilihan nama watak-watak dalam cerita ini adalah sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan penyeludupan dadah. Semua pelakon memainkan watak dengan berkesan. Watak yang dilakonkan oleh Awie, Aaron Aziz sangat berjaya kerana mereka adalah artis yang berpengalaman.

Tempat penggambaran
Seriously, tempat-tempat dalam penggambaran filem #operasixthemovie ini sangat cantik dengan pemandangan yang indah terutamanya di Pulau Aman. Kawasan sekitar Georgetown juga adalah menarik. Bila penggambaran filem ini dibuat? Saya tinggal di Penang pun saya tak tahu..hehe. View tempat dari udara saya rasa sangat menarik terutamanya semasa Belut membunuh Tiger di tanah perkuburan.

Muzik/Sound Effect
Muzik latar dalam filem #operasixthemovie bagi saya dah cukup baik dan sesuai untuk sesetengah babak dalam filem ini. Walaubagaimanapun terdapat banyak sound effect di babak-babak yang tak perlu kesan bunyi pun. Harap diperbaiki untuk masa-masa akan datang.

Jalan cerita filem operasi X
Jalan cerita filem #operasixthemovie ini saya rasa sangat menarik. Perkembangan cerita sangat berjaya. Walaupun filem operasi x dianggap sebagai filem aksi, bagi saya filem ini adalah filem aksi + romantik komedi kerana ada juga unsur kecindan (lawak) diselitkan yang dapat menghiburkan peminat. Part yang saya suka apabila Belut bergurau tentang cip GPS pun nak diletakkan dalam seluar dalam dan part semasa Belut tujukan lagu kepada Bashah dan Lady Lion.

CGI (Computer Generated Imagery) 
Untuk CGI dalam filem ini, saya rasa ada beberapa part yang kurang menarik terutamanya semasa bom dalam treler meletup. CGI pada babak itu nampak tak real. Harap mutu CGI dipertingkatkan untuk filem yang seterusnya.

Ok, itu sahaja review saya tentang Operasi X The Movie pada kali ini. Kepada sesiapa yang belum lagi menonton filem ini, boleh lah pergi ke pawagam yang berhampiran. Bagi peminat filem melayu, filem ini sangat sesuai untuk korang semua. Tahniah kepada semua team #operasiXthemovie di atas kejayaan menghasilkan filem yang berjaya.



I give 4 stars!!

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url