Operasi X The Movie Sebuah Filem Terbaik 2018 Yang Wajib Ditonton!


Filem operasi X The Movie ( #OperasiXtheMovie) adalah sebuah filem aksi yang terbaru terbitan Dream Pictures Production  yang bakal menemui peminat-peminat filem tanah air pada 1 November 2018 ini. Filem #OperasiX yang terbaru dan terbaik 2018 ini merupakan filem arahan Sandosh Kesavan yang dibintangi oleh artis hebat dan terkemuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela ,Hairul Azreen, Hefny Saad .

Barisan Pelakon Operasi X The Movie (Kredit Gambar Oleh Finas)

Review Awal Filem Operasi X The Movie

Trailer Operasi X Movie yang saya tonton adalah trailer yang paling gempak dan berjaya menarik minat saya untuk meneruskan tontonan sehingga akhir. Trailer filem #OperasiX ini sangat menarik dan menimbulkan curiosity kepada para peminat dan mereka tertunggu-tunggu apakah aksi yang seterusnya. Bagi saya, trailer ini dapat menarik minat saya untuk menonton filem ini pada 1 November nanti.

Berdasarkan trailer, saya boleh tegaskan bahawa #OperasiX adalah sebuah filem yang wajib ditonton pada tahun 2018. Mungkin filem ini akan pecah panggung pada hari pertama ia ditayangkan nanti. Adalah satu kerugian jika melepaskan peluang untuk menonton filem yang penuh aksi ini yang akan ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.

Melalui trailer yang saya tonton, saya boleh katakan bahawa 60%  trailer filem #OperasiX dipenuhi dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Selain itu, saya juga boleh simpulkan bahawa trailer filem #OperasiX ini setanding dengan filem antarabangsa yang lain. Pelbagai detik cemas dan aksi mendebarkan dipertontonkan melalui filem ini.

Tahniah kepada semua pelakon yang bagi saya adalah sangat berjaya menjiwai watak dalam filem ini. Gabungan Awie dan Aaron dalam trailer filem #OperasiX adalah gandingan yang sangat mantap dan berpengaruh. Mereka berdua dapat menjiwai watak mereka dengan baik dan konsisten.

Sumber gambar: twitter

Walaubagaimanapun, berdasarkan trailer yang saya tonton, kesan suntingan CGI (Computer-generated imagery) dibeberapa babak boleh lagi diperbaiki bagi menambah baik mutu filem #OperasiX ini terutamanya babak letupan di trailer pada minit ke 1.02. Walaupun begitu, trailer ini masih hebat yang menonjolkan banyak aksi-aksi. #kipidad #dongibab

Jangan lupa saksikan filem  #OperasiXtheMovie yang akan ditayangkan pada 1 November 2018 nanti. Sama-sama kita serbu pawagam berhampiran. Jom baca sinopsis filem Operasi X The Movie.

Sinopsis Operasi X The Movie

ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Saksikan trailer #OperasiXtheMovie




Nantikan review filem #OperasiXtheMovie oleh saya selepas filem ini ditayangkan pada 1 November 2018 nanti.