Great Experience On Lazada 11.11 Shopping Festival


LAZADA 11.11 SHOPPING FESTIVAL. Beberapa hari yang lalu berakhirnya Lazada 11.11 Shopping Festival (https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1) yang berlangsung pada 11 November 2018 yang begitu meriah.

Pada tahun ini, kemeriahan festival membeli belah Lazada berganda-ganda dengan banyak pilihan item dengan harga yang murah serendah RM1. Pada 11.11 yang lalu, banyak item yang menjadi pilihan saya telah saya beli.

Walaupun saya sedikit kecewa kerana terlepas peluang untuk membeli telefon Asus Zenfone Max Pro dengan harga promosi iaitu RM499 namun dengan tawaran harga yang menarik pada item-item yang lain membuatkan kekecewaan saya hilang.  Stok telefon tersebut sudah kehabisan dengan cepat sebelum saya membuat pembayaran.  Walaubagaimanapun, sempat juga saya membeli beberapa pilihan barangan dengan tawaran harga yang murah.

Saya juga sungguh seronok dengan permainan SHAKE IT time. Semasa SHAKE IT time saya telah  mendapat vaucer berharga RM20. Dengan vaucer tu, dapatlah saya gunakan untuk penurunan harga barangan yang saya beli. Berbaloi-baloi tunggu 11.11 Shopping Festival.

Walaupun wishlist saya sebelum ini tidak tercapai kerana banyak barangan yang saya rancang telah kehabisan stok, namun saya berharap wishlist saya akan dipenuhi apabila 12.12 nanti. Tak sabar menunggu apa pula kemeriahan yang akan dikejutkan oleh Lazada sempena 12.12. Baca wishlist saya di sini


Hari ini saya nak kongsikan beberapa item yang telah saya beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival. Antara item yang telah saya beli ialah;

What did you buy during Lazada 11.11 Shopping Festival? Show us the great deals you found!

1. Kingston MicroSD


Pada 11.11 saya sempat membeli Kingston MicroSD dengan kapasiti 32GB dengan harga hanya RM20.70. Apa yang menarik di sini, saya hanya membayar RM3.25 sahaja untuk MicroSD jenama Kingston apabila saya menggunakan vaucer yang saya dapat semasa SHAKE IT time. Berbaloi kan..




2. Destroil - Windscreen Cleaner / WindShield Cleaner 


Item kedua yang saya beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival ialah Destroil - Windscreen Cleaner / WindShield Cleaner. Pada 11.11 harga item ini ialah RM0.90 sahaja untuk satu. Harga biasa ialah RM4.99 satu. Saya membeli 5 Destroil - Windscreen Cleaner / WindShield Cleaner dengan harga RM4.50 sahaja. Apa yang menarik saya dapat Free Postage. Berbaloi sangat-sangat.




3. Burger House Moveable Wheel Case Kids Playset Simulation Role Pretent Play Toys



Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival juga saya sempat membeli beberapa permainan kepada anak perempuan saya dengan harga yang murah berbanding membeli di kedai. Sangat berbaloi membeli di Lazada sempena Lazada 11.11 Shopping Festival.


Di bawah juga adalah beberapa item yang telah saya beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival. Pelbagai barangan yang saya pilih saya akan pastikan yang terbaik dengan melihat review dari customer yang lain.

Sekarang saya tengah menunggu parcel sampai untuk melihat barangan yang telah saya beli sempana Lazada 11.11 Shopping Festival. Semoga barangan yang sampai dalam keadaan yang baik.

Terima kasih LAZADA kerana memberi pengalaman membeli belah yang hebat pada tahun ini. Tak sabar menanti 12.12 pula. Apa yang korang beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival? Jom kongsi pengalaman membeli belah korang..