38 Aktiviti Menarik Bulan Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan


Tahun 2018 kita akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-61 dengan tema Sayangi Malaysiaku. 31 Ogos 1957 adalah detik rasmi negara kita Malaysia (dulunya Tanah Melayu) bebas dari cengkaman penjajah.


Setiap tahun pelbagai aktiviti dianjurkan untuk menyambut bulan kemerdekaan. Sambutan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.

Kemerdekaan tidak akan diperolehi jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Jagalah perpaduan antara kaum dan jangan biarkan anasir luar mengugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semailah semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati. Kuatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Hari ini saya nak kongsi aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah.

Pertandingan
  1. Pertandingan menyanyi lagu patriotik
  2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak
  4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
  5. Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (frog vlefrog/blogspot)
  6. Pertandingan  mewarna
  7. Pertandingan menulis esei
  8. Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan
  9. Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan (fashion show)
  10. Pertandingan pantun Hari Kebangsaan
  11. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan
  12. Pertandingan "selfie" sempena Hari Kebangsaan
  13. Pertandingan teka silang kata
  14. Pertandingan treasure hunt/explorace merdeka
  15. Pertandingan tradisional (gasing, wau dll)
  16. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
  17. Pertandingan menghias basikal
  18. Pertandingan drama patriotisme
  19. Pertandingan tarian tradisional


Aktiviti Kibarkan Semangat Kemerdekaan
  1. Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
  2. Larian kemerdekaan/ Hari Kebangsaan
  3. Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
  4. Menghias kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan
  5. Menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  6. Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
  7. Perarakan Hari Kebangsaan/ Kawad kaki
  8. Melakonkan situasi hari kemerdekaan
  9. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
  10. Tayangan video kemerdekaan (Sarjan Hassan dll)
  11. Sambutan Ambang Kemerdekaan (malam 30 ogos)
  12. Berbasikal sempena Hari Kebangsaan
  13. Konvoi merdeka
  14. Pameran kemerdekaan
  15. Kibarkan jalur gemilang
  16. Menjemput tentera/askar untuk membuat persembahan
  17. Hasilkan sudut patriotisme di dalam kelas
  18. Bicara spontan Hari Kebangsaan
  19. Pelancaran Hari Kemerdekaan
  20. Laungan Hari Kemerdekaan

Baca Juga
1. Kita Punya Malaysia - Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke-61
2. Sayangi Malaysiaku Tema Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61


Previous Post Next Post