Tawaran Belajar Di Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang


Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM(V)), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.

Kolej Komuniti KPTM ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktik, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, hospitaliti & fesyen, multimedia, khidmat sosial, agro-teknologi dan perniagaan di peringkat sijil dan diploma sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu, Kolej Komuniti KPTM juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

Program Diploma Kolej Komuniti 

Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007.

Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini adalah minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work-Based Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.

Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang, Kelantan

Kolej komuniti cawangan Rantau Panjang adalah cawangan kolej komuniti yang ke-5 di Kelantan menawarkan program sepenuh masa iaitu Sijil Perkhidmatan Logistik bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ambilan pertama untuk pelajar baru program sepenuh masa iaitu Sijil Perkhidmatan Logistik adalah pada sesi Disember 2018. Kepada warga Rantau Panjang, Pasir Mas dan sekitarnya jangan lepaskan peluang untuk memohon penempatan sekarang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai Pengambilan di talian yang tertera:
09-7185911 / 09-7950103 / 013-4981493


Next Post Previous Post
1 Comments
  • FINA COMPANY SDN BHD
    FINA COMPANY SDN BHD May 23, 2019

    Can i know ... ada brp semester and berapa bulan ?

Add Comment
comment url