Cara Mohon ADAM50 Insentif Percuma RM200 Modal Pelaburan


Apakah itu Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)?

ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB*.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah ASB dan AS 1Malaysia.


KELAYAKAN MEMOHON ADAM50
  1. Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
  2. Warganegara Malaysia
  3. Ibu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  4. Penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis semasa pendaftaran ADAM50 dilakukan
CARA PENDAFTARAN ADAM50

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara.
  1. Maybank
  2. Maybank Islamic
  3. CIMB
  4. CIMB Islamic
  5. RHB
  6. RHB Islamic
  7. Pos Malaysia
  8. Affin Bank
  9. Alliance Bank
  10. AmBank
*BSN & AmBank Islamic masih tidak dapat melaksanakan urus niaga ASB dan AS 1Malaysia sehingga dimaklumkan kelak.



DOKUMEN DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti berikut:
  1. Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  2. Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
  3. Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi
Jangan lepaskan peluang untuk pendaftaran ADAM50.

Maklumat lanjut klik sini http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php