Rugi Jika Guru Tidak Menggunakan 1Bestarinet Postpaid


Sudah kita sedia maklum bahawa, sebahagian guru dibekalkan dengan telefon yes untuk kegunaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan telefon yes sebagai medium pengajaran sangat berguna kepada guru dalam menerapkan pembelajaran abad ke-21 (PAk21) di dalam bilik darjah.

Baca juga Jenis Telefon Yang Menyokong Sim Kad Yes 4G LTE

Sangat beruntung guru-guru yang dibekalkan dengan telefon yes terutama kepada mereka yang berada di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan sebagainya kerana line yes sangat laju. Tapi di sesetengah kawasan line yes amat mengecewakan dan menyebabkan guru-guru kurang menggunakan kemudahan yang disediakan.

Setiap bulan pakej 1Bestarinet Postpaid Teacher Plan yang dibekalkan oleh Yes (kerjasama dengan kerajaan) memberi data 4GB kepada setiap guru iaitu 2GB untuk data dan 2GB untuk LTE (digunakan untuk melayari internet di laptop). Tetapi sekarang hanya 2GB data untuk LTE sahaja yang diberikan oleh yes untuk semua guru. Namun sayangnya, ada sesetengah guru tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Untuk pengetahuan guru-guru, Yes4Guru ini adalah pakej yang sangat-sangat berbaloi kepada guru-guru di mana mereka boleh topup data dengan kadar yang paling rendah berbanding syarikat komunikasi yang lain. dengan kadar 1GB dengan harga RM1 sahaja. Murahkan?


Jika diimbas kembali, syarikat komunikasi lain berharga sekurangnya RM30 untuk data sebanyak 3GB tetapi dengan menggunakan yes4guru ini kita hanya topup RM5 untuk 5GB..Sangat berbaloi kan? Selepas membaca artikel ini, mungkin guru-guru akan kembali menggunakan yes4guru kan.

Namun malangnya, khabar angin mengatakan pakej ini akan ditamatkan penghujung tahun ini kerana kurang sambutan dari guru-guru..Saya berharap, khabar angin ini tidak betul. Walaupun yes4guru ini banyak kelemahan dari segi line di kawasan kampung tidak boleh diakses, namun ia memberi kemudahan kepada saya yang berada di bandar untuk mengakses internet dengan kadar yang paling murah dan berbaloi.

Masa hari guru yang lepas Yes4G bagi hadiah kuota 100GB kepada semua guru untuk melayari intenet..Sape yang sempat guna? saya sempat guna..berbaloi-baloi..hehe

Jika telefon yes cikgu-cikgu rosak, jangan risau. Jangan buang sim kad yes tersebut. Ambil sim kad yes tersebut dan masukkan ke dalam telefon yang support 4G LTE. Jenis telefon yang support 4G cikgu-cikgu boleh baca artikel ini Jenis Telefon Yang Menyokong Yes 4G LTE

SHARE artikel ini kepada rakan guru yang lain..

p/s: Saya tulis artikel ini sebab saya adalah pengguna tegar internet yes4g sejak saya mula dapat telefon ini..sangat berbaloi untuk akses internet (Pakej Basic yang diberi oleh KPM tanpa upgrade)

6 Comments

  1. Malangnya 2gb utk data dah tak ada. Cuma 2gb untuk LTE je yg tinggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la dapat add on yang lebih menarik.rm5 5gb banyak murah tu.

      Delete
  2. Kalau data tak burn lagi ok..sebab kita cikgu perlukan data untuk buat pelbagai urusan online ,rm5 5 gb memang murah dah tapi jika terpaksa add on selalu tak berapa ok jugak

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 28, 2019

    Macam mana nak batalkan kalau kita upgrade ke data guru yang kene bayar rm29?

    ReplyDelete
  4. Sudah lama tidak dapat digunakan

    ReplyDelete
  5. 10/2/2020..0dapat 4gb free

    ReplyDelete
Previous Post Next Post