Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Tanda - Tanda Penyakit HFMD Dan Cara Pencegahan

Admin

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. Penyakit HFMD mula menyerang kembali baru-baru ini sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut. Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Tanda-tanda dan gejala penyakit HFMD

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan


Pencegahan HFMD

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.


Rujukan
1. https://my.theasianparent.com
2. http://www.myhealth.gov.my

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.