Jangan Takut Cikgu, Buat Sahaja Aduan SISPAA


Jangan Takut Cikgu, Buat Sahaja Aduan SISPAA. Mungkin ramai di antara guru-guru, ibubapa dan orang awam yang tidak tahu tentang kewujudan laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang telah disediakan oleh kerajaan.

SISPAA ini bertujuan untuk melaporkan atau membuat aduan/maklum balas tentang salah laku penjawat awam. Selain itu SISPAA juga turut digunakan untuk memberi cadangan, penghargaan dan pertanyaan berkaitan dengan sektor awam.

Cikgu, ibubapa atau orang awam tidak perlu takut untuk melaporkan kesalahan pihak pentadbiran sekolah terutamanya jika menerima ugutan dari pentadbir sekolah berkaitan dengan penjawatan, perkhidmatan sekolah, pengurusan cuti dan sebagainya.

Mohon kepada semua guru jangan takut untuk melaporkan kejahatan pihak pentadbir jika berlaku penyalahgunaan kuasa terutamanya memindahkan guru-guru tanpa sebab yang munasabah. menyebabkan guru bekerja dalam tekanan dan sebagainya.

Apa Itu SISPAA


Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcara oleh teknologi terkini.

SISPAA merupakan kesinambungan daripada Sistem Integrated Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada penghujung tahun 2007 dan mula digunapakai oleh beberapa Agensi Kerajaan sejak tahun 2009. Setelah mendapat respon yang positif daripada Agensi Kerajaan yang menggunapakai Sistem iSPAAA dan permintaan terhadap Sistem iSPAAA oleh Agensi-Agensi Kerajaan telah bertambah, BPA telah berkolaborasi bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan MAMPU untuk menambahbaik Sistem iSPAAA dan dijenamakan semula sebagai SPAB serta diperluaskan penggunaannya kepada Meja Bantuan Teknikal selain daripada Pengurusan Aduan.

SISPAA dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklum Balas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet.

Agensi Kerajaan Yang Guna SISPAA


» Kementerian Dalam Negeri (KDN)
» Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
» Kementerian Kerja Raya (KKR)
» Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
» Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
» Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
» Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC)
» Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
» Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
» Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
» Kementerian Pertahanan Malaysia (MOD)
» Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
» Kementerian Industri Utama (KIU)
» Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim(MESTECC)
» Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)
» Kementerian Sumber Manusia (KSM)
» Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
» Perbadanan Putrajaya
» Biro Pengaduan Awam
» Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
» Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
» Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
» Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
» Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
» Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP (PPTGWP)
» Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
» PERKESO
» Polis Diraja Malaysia (PDRM)
» SUHAKAM
» SUK Melaka
» SUK Perlis
» SUK Terengganu
» SUK Johor
» SUK Selangor
» SUK Pahang

Cara Buat Aduan SISPAA KPM 


1. Klik sini SISPAA
2. Isi butiran yang diperlukan dan klik hantar.


3. Aduan akan diproses dan siasatan akan dilakukan.

Semoga cikgu-cikgu atau ibubapa yang tidak puas hati dengan mana-mana penjawat awam terutamanya pihak pentadbiran sekolah supaya melaporkan hal ini melalui SISPAA.




Previous Post Next Post