Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru eGTukar


Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru (eGTukar).  eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah
  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

Tarikh Permohonan Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)

Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 17 Februari 2020 hingga 17 Mac 2020 bagi pertukaran guru sesi Jun 2020 dan Januari 2021.

Permohonan pertukaran guru tahun 2020 boleh dibuat melalui web eGTukar. Sebarang perubahan tarikh dari pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan dimaklumkan kemudian.

Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru (eGTukar)

Musim pertukaran nampaknya akan dibuka beberapa hari lagi. Portal eGTukar akan sesak dengan permohonan guru-guru untuk berpindah antara negeri/bahagian, antara daerah dan dalam daerah.
Pelbagai alasan yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk membuat permohonan pertukaran. Permohonan yang mempunyai wajaran yang tinggi mungkin akan diluluskan dalam sesi permohonan ini.

Antara alasan popular untuk pertukaran guru secara online ialah

  1. Masalah kesihatan yang kronik (diri sendiri, pasangan, anak dan ibubapa)
  2. Tinggal berjauhan dengan suami/isteri (mengikut isteri atau suami)
  3. Ancaman keselamatan (bunuh, ugutan dan sebagainya)
  4. Masalah tekanan mental/perasaan/kemurungan
  5. Mempunyai masalah dengan pentadbir dan rakan sejawat
  6. Genap tempoh berkhidmat di daerah semasa (sekurang-kurangnya 4 tahun)
  7. Menjaga anak sakit (disahkan oleh pakar)
  8. Menjaga ibubapa yang sakit (disahkan oleh doktor)
  9. Tidak tahan berulang-alik dari rumah ke sekolah (100km sehari)
  10. Masalah kewangan/hutang
  11. Tidak tahan dengan kerenah pihak pentadbir
  12.  Meningkatkan motivasi dan potensi diri di sekolah lain
  13. Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi
  14. Mahu berkhidmat di daerah/negeri sendiri
  15. Mengajar terlalu lama di sekolah semasa
  16. Terlalu lama mengajar di sekolah bandar/pedalaman
  17. Krisis rumah tangga (bercerai, gaduh, konflik)
  18. Masalah membina hubungan dengan rakan sejawatan
  19. Tiada hati untuk mengajar jika masih di sekolah lama
  20. Tidak tahan dengan karenah ibubapa murid
  21. Masalah tiada penginapan/rumah sewa
  22. Taraf hidup yang terlampau tinggi di sesetengah tempat
  23. Kurang kemudahan di sekolah semasa (air, line telefon, jalan raya dll)

Wajaran Pertukaran Guru (Alasan Pertukaran)

Di dalam modul pertukaran guru secara online, akan ada ruangan alasan memohon pertukaran untuk tahun semasa. Guru -guru boleh klik alasan pertukaran yang mana sesuai dengan masalah mereka semasa memohon pertukaran.

Permohonan yang diluluskan bergantung kepada kes-kes yang kronik, keperluan perkhidmatan dan disokong oleh wajaran point di jadual wajaran pertukaran guru di bawah yang dikongsikan oleh pegawai di bahagian pertukaran menerusi facebook.




Guru-guru yang memohon perpindahan bolehlah menggunakan jadual wajaran pertukaran ini untuk menulisan alasan-alasan pertukaran nanti.

Tips sempena mengisi permohonan

Sempena pertukaran guru  nanti, pemohon diingatkan supaya mengisi maklumat dengan lengkap. Di bawah adalah beberapa tips sempena mengisi permohonan yang dikongsikan oleh pegawai dibahagian pertukaran iaitu Encik Hasmadi Hamdan.
  1. EGTukar akan dibuka pada bulan Februari 2020.. Pemohon dinasihati mengisi dengan lengkap.
  2. Bagi yang mengemukakan alasan sakit, sila dapatkan sijil sakit asli daripada pakar hospital kerajaan.
  3. Bagi meluaskan peluang untuk balik dari Sabah dan Sarawak, mohon ke Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
  4. Bagi yang mengemukakan alasan ancaman keselamatan, sertakan laporan siasatan polis, bukan salinan repot polis. Ancaman keselamatan bermaksud ancaman daripada suspek yang dikenali. Contohnya bekas suami.
  5. Pemohon dinasihati memohon langsung kepada BPSH tanpa mendapat surat sokongan daripada ahli-ahli politik atau mana-mana pihak.
  6. Bagi permohonan ex-parte (sebelah pihak), mohon disertakan surat kebenaran dan/atau surat sumpah daripada pasangan.
  7. Perjawatan bagi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu amat terhad.
Semoga perkongsian tentang Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru (eGTukar) ini memberi infomasi kepada semua guru dalam membuat permohonan pertukaran nanti.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url