Permohonan Perumahan Rakyat (PPR) Disewa

ppr disewa


Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. 


PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).


Projek PPR Disewa

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.


Ciri-ciri PPR:


  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
  1. Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  2. Surau/Ruang Solat
  3. Gerai Makan/Ruang Niaga
  4. Tadika
  5. Kemudahan OKU
  6. Taman Permainan/Kawasan Lapang
  7. Rumah Sampah


Syarat-Syarat Permohonan:

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url