Bermula 1 Februari 2022, caj RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Pengumuman itu telah dibuat beberapa bank seperti Maybank, CIMB Bank, Citibank dan RHB Bank menerusi platform media sosial mereka sejak Disember tahun lalu.
Menerusi laman rasmi Maybank, pengumuman penting tentang pelasanaan semula caj transaksi bagi pengeluaran wang tunai antara bank telah diberitahu pada 15 Disember 2021.
Pelanggan Yang Dihormati, Sila maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di ATM akan dilaksanakan semula oleh semua bank. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj* di mesin ATM Maybank. - Maybank
Melalui tinjauan yang dilakukan, rata-rata pengguna seakan-akan terlupa dengan caj yang akan dilaksanakan semula bermula esok.