Bantuan Khas RM700 Penjawat Awam 2022

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 25 Januari 2022.


Turut layak diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang merupakan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service2, pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.


Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 turut dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.


Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang - kurangnya 30 hari berturut-turut.

Sumber: JPA

bantuan khas 2022


Post a Comment

Previous Post Next Post