Contoh Soalan Exam Pereka B41

 

pereka b41



Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda. 


Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Pereka B41 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 29 September 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menduduki exam online Pereka B41 ini, jom kita baca deskripsi tugas Pereka B41 ini.

Pereka B41 bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Calon Exam Pereka B41 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.


Tiada rujukan khusus untuk exam Pereka B41 pada kali ini, tetapi anda boleh menggunakan rujukan EXTRA Seksyen Soalan Exam Kerajaan yang merangkumi Extra Seksyen bagi Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. 


Diharap rujukan ini boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!


Format Exam Pegawai Pereka B41 

Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pereka B41 iaitu, 

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris 

Daya Menyelesaikan Malasah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Pereka B41? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Pereka B41


soalan exam pereka b41


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url