7 Minuman Baik Untuk Jantung

 Air kosong sememangnya merupakan minuman yang paling baik untuk kesihatan jantung. Pun begitu terdapat juga 7 minuman kesihatan untuk jantung yang boleh anda amalkan.


Teruskan membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Menjaga kesihatan jantung melalui minuman

Selalunya, apabila bercakap mengenai penjagaan jantung, pastinya ia akan melibatkan aspek pemakanan, betul tak?


Dan apabila berkaitan minuman yang menyihatkan jantung, hanya air kosong yang terlintas di fikiran.


Ini kerana tubuh amat memerlukan air. Bahkan kebanyakan organ utama terdiri daripada air, termasuklah, jantung.


Sebahagian besar tindak balas kimia yang berlaku dalam sel tubuh juga memerlukan air. Ia juga membantu darah membawa nutrien ke seluruh badan.


Tetapi adakah terdapat pilihan air yang lain?


7 minuman kesihatan untuk jantung

Sebenarnya selain daripada air kosong sebagai pilihan utama dalam keperluan cecair harian kita, terdapat minuman lain yang boleh diamalkan.


#1 Air buah sitrus

Menambah potongan buah sitrus seperti lemon atau oren yang tinggi nutrien ke dalam minuman bermanfaat untuk jantung. Ini kerana, ia mengandungi antioksidan flavonoid yang baik untuk jantung.


Pengambilan jus sitrus sebagai minuman kesihatan untuk jantung setiap hari turut membantu menurunkan tahap tekanan darah – faktor risiko penting untuk penyakit jantung.


Kekal hidrat penting untuk fungsi jantung, dan jika dehidrasi, ia berisiko meningkatkan masalah kardiovaskular, termasuklah strok.


#2 Susu

Susu rendah lemak atau susu soya juga merupakan minuman alternatif yang baik dalam menjaga jantung.


Jika memilih susu soya, sebaiknya dapatkan yang diperkaya dengan kalsium.


#3 Jus delima, antara minuman kesihatan untuk jantung

Buah delima adalah buah yang baik untuk jantung.


Antioksidan istimewa di dalamnya membantu mencegah pengerasan dan penyempitan arteri yang membawa darah ke jantung.


Selain dapat menurunkan tekanan darah, buah ini turut dilengkapi dengan polifenol – mikronutrien yang membantu menurunkan keradangan dan merangsang peredaran darah.


#4 Teh

Merupakan minuman yang dapat mengurangkan risiko strok, beberapa barah dan penyakit jantung.


Ia mengandungi fitonutrien – bahan kimia tumbuhan – dikenali sebagai flavonoid yang terbukti baik untuk kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan penumpukan pada arteri.


Teh hijau dan hitam turut mengandungi jumlah kafein lebih sederhana daripada kopi dan boleh dijadikan pilihan yang baik bagi individu yang sensitif dengannya.


#5 Kopi

Dianggap minuman kesihatan untuk jantung kerana mereka yang minum antara 3 hingga 5 cawan sehari menunjukkan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan jantung lebih rendah.


Situasi itu disebabkan kandungan kafein dalam kopi, bersifat antioksidan dan antiradang.


Namun sebaiknya hadkan pengambilan kopi harian anda kerana meminumnya dengan terlalu banyak boleh menyebabkan kegelisahan.


Elakkan juga menambah krimer tinggi lemak tepu, gula dan kalori kosong, okay?


 #6 Jus tomato

Jus tomato kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu melawan penyakit jantung.


Ia tinggi vitamin C dan E, zat besi, magnesium dan kalium – diperlukan tubuh untuk memastikan aliran darah dan menyingkirkan natrium tambahan.


Merupakan sumber likopen luar biasa – antioksidan yang membantu menguatkan arteri, mengurangkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.


#7 Teh matcha

Merupakan sejenis teh hijau yang mengandungi kadar epigallocatechin gallate (EGCG) tinggi – sebatian polifenol dalam teh yang mempunyai sifat antioksidan dan antiradang kuat.


Dianggap sebagai minuman kesihatan untuk jantung terbaik kerana EGCG membantu mencegah aterosklerosis – penumpukan zat berlemak pada dinding arteri dan dapat mengurangkan kerosakan sel.

tanda serangan jantung


4 jenis minuman bahaya untuk jantung

Berikut pula 4 jenis minuman yang perlu anda jauhi jika ingin menjaga jantung agar kekal sihat:


1. Soda

Kandungan gula tinggi dalam soda yang meningkatkan risiko penyakit jantung – merupakan penyebab utama serangan jantung.


#2. Minuman tenaga

Minuman tenaga menyebabkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan irama jantung tidak normal.


Gejala tidak sihat ini biasanya dapat dilihat pada mereka yang mengambil minuman tenaga dalam jumlah yang banyak dalam tempoh singkat atau mencampurkannya dengan alkohol atau bahan lain.


3. Alkohol

Alkohol bukanlah minuman kesihatan untuk jantung kerana boleh mengakibatkan wujudnya pelbagai penyakit terutamanya berkaitan jantung.


Ia boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Namun wanita yang kerap mengambil alkohol lebih berisiko tinggi terkena penyakit jantung.


4. Milkshake

2 komponen utama dalam minuman ini yang menyebabkan ia berbahaya untuk kesihatan jantung; iaitu gula dan lemak tepu.


Pentingnya mengetahui minuman kesihatan untuk jantung

Mengetahui jenis-jenis minuman baik dan yang tidak baik membolehkan anda mengawal apa yang akan diminum.


Bagi senarai minuman yang tidak baik itu adalah disarankan untuk anda menghindarinya.


Walau bagaimanapun, jika anda berasa sukar untuk terus menyingkirkannya, mulakan dengan mengurangkan jumlahnya secara perlahan-lahan dan hadkan kadar pengambilan dalam sehari.


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ketidakpastian, berundinglah dengan doktor.


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Sumber asal artikel - Hello Doktor 


Penafian: Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran pihak Hello Doktor. Untuk Maklumat lanjut, sila layari Hello Doktor

LihatTutupKomentar
Cancel