Exam Online Penolong Jurutera JA29

Penolong Jurutera JA29


Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda. 


[Baca] Panduan Exam Pembantu Tadbir N19


Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Penolong Jurutera JA29 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 12 Ogos 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Calon Exam Penolong Jurutera JA29 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menduduki exam online Penolong Jurutera JA29 ini, jom kita baca deskripsi tugas Penolong Jurutera JA29 ini.

Penolong Jurutera JA29 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan

Format Exam Penolong Jurutera JA29 


Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Penolong Jurutera JA29 iaitu, 

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris 

Daya Menyelesaikan Masalah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Panduan Exam Penolong Jurutera JA29


Rujukan khusus untuk peperiksaan  PENOLONG JURUTERA JA29 untuk sesi peperiksaan 12 OGOS 2021 bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan JURUTERA JA29 dan J41 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan JURUTERA  ini.




Bagaimana Rujukan Ini Bantu anda?


Jimat masa anda!

Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda terutamanya nota berkaitan Matematik! Anda bakal jimat 72 JAM!

Tahu bagaimana soalan ditanya!

Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaimana soalan ditanya.

Huraian format terkini

Jelas format 2019! Jika anda menggunakan rujukan 2013 - 2017, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!

Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Penolong Jurutera JA29? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Penolong Jurutera JA29



Penolong Jurutera JA29


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url