Jana 4 Angka Dengan Bisnes Food Delivery

makan delivery


Penjual Satay di Kampung Ini Jana Keuntungan Lebih 4 Angka Seminggu Hanya Dengan Bisnes Food Delivery - 100% Dari Rumah!" Anda juga boleh menjana keuntungan lumayan seperti beliau jika anda mengikut strategi mudah ini!


Musim COVID-19 ini dan ditambah dengan PKP lagi telah menyebabkan ramai peniaga terutamanya peniaga makanan tidak boleh meniaga seperti dulu..


Dengan waktu operasi yang terhad dan hanya boleh takeaway - ditambah dengan ramai lebih gemar duduk diam di rumah terutama waktu jumlah kes yang makin tinggi.. Jika anda buka gerai pun, tak ramai yang akan membeli makanan anda.. Ianya sangat merugikan!


Untuk survive pada masa yang sukar ini, pemilik bisnes makanan terpaksa mengubah strategi bisnes kedai/gerai kepada strategi bisnes food delivery untuk menjana keuntungan. Inilah satu-satunya penyelesaian paling bijak!


Sama juga halnya dengan seorang penjual satay di kampung saya ini..


Dulu beliau berniaga satay di medan selera.. Setiap malam dipenuhi dengan pembeli-pembeli setia yang mahu menikmati kesedapan satay buatannya..


Namun akibat COVID-19 dan PKP yang bersilih ganti menyukarkan beliau untuk berniaga lagi..  Dengan SOP yang ketat dan jumlah pembeli yang sedikit, beliau buat keputusan untuk berpindah ke kampung..


Setelah lama tidak berniaga dan duit simpanan makin merosot, akhirnya beliau buat keputusan pacakkan khemah depan rumah kampungnya, buka gerai dan mula berniaga satay..


Namun ianya kurang berjaya kerana masih tidak ramai orang yang menyedari gerainya itu..


Akhirnya beliau buat keputusan untuk join group Whatsapp komuniti kejiranan untuk promosikan bisnes satay beliau.. TAPI satay jualannya masih tidak habis setiap hari..


Jadi, beliau tukar strategi menggunakan model bisnes food delivery di mana dia menerima tempahan daripada pembeli melalui Whatsapp dan hantarkan terus tempahan satay tersebut yang masih panas ke rumah pembelinya..


Magiknya, strategi ini sangat BERJAYA.. Setiap hari satay jualannya sold out sebelum pukul 6 petang!


Hari ini beliau berniaga satay 5 hari seminggu & mampu menjana keuntungan yang lumayan hanya dari rumah.. Rutin harian beliau (pada hari niaga) juga sangat mudah, hanya promote di group Whatsapp - terima order - proses order - hantar order..


Pengajaran yang dapat kita pelajari ialah sentiasa tahu dimanakah target market anda biasanya berkumpul (contoh di Group Whatsapp Kejiranan) DAN tahu apakah situasi dan kemahuan mereka (seperti mahukan order di hantar terus ke rumah)..


Dengan 2 perkara ini, ditambah dengan resepi makanan yang sememangnya menjadi kegemaran ramai, anda juga mampu membina sebuah bisnes food delivery yang mampu menjana keuntungan lumayan walaupun selepas PKP berakhir!


Nak pelajari cara sebenar memulakan bisnes food delivery?


[KLIK] Panduan Bisnes Food Delivery


 Ini Cara Mudah Kira Kos & Letak Harga Makanan Yang Anda Jual!


Patutlah selama ini keuntungan bisnes saya hanya sedikit walaupun jualan makanan saya sentiasa sold out setiap hari!


Antara faktor kritikal yang menentukan keuntungan sesuatu bisnes adalah dengan penetapan harga yang "betul"..


Ada orang kata, untuk dapat untung besar kita kena letak harga yang tinggi berganda-ganda berbanding kos jualan.. Tapi hakikatnya, ada ke orang nak beli makanan yang mahal jika target market  adalah orang biasa?


Ada memang ada, cuma tak ramai.. Di tambah dengan keadaan poket rakyat marhaen seperti kita ini semakin menipis, membeli makanan mahal bukanlah satu pilihan terbaik..


Penyelesaiannya ialah anda perlu letakkan harga yang sesuai untuk makanan yang dijual setelah ditolak dengan kos yang dikeluarkan bagi menyiapkan makanan tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan harga yang "betul"..


Jadi, bagaimana caranya formula untuk meletakkan harga yang betul?


Perkara pertama anda perlu tahu berapakah kos yang anda keluarkan untuk siapkan seunit (sebungkus/sebekas) makanan.


Sebagai contoh kos bahan untuk hasilkan 30 kotak Spaghetti Bolognese Daging seperti berikut:


- Spaghetti x 4    - RM10.60 (RM 2.65 sepeket)

- Tomato Puree x 3 - RM 7.95 (RM 2.65 sepeket)

- Daging kisar     - RM 5.00 sepeket

- Tomato           - RM 1.00

- Bawang Holland   - RM 1.00

- Bawang Putih     - RM 0.20

- Mushroom Tin     - RM 3.80

- Kiub Ayam        - RM 0.60

- Serbuk Cili      - RM 2.50

- Mentega          - RM 4.60

- Susu Kotak       - RM 5.60

- Box & Plastik    - RM 7.00

=============================

JUMLAH KOS.        - RM49.85

=============================


Jadi anggaran untuk sediakan 30 kotak Spaghetti ini ialah sekitar RM50 dan kos sekotak Spaghetti ini pula lebih kurang RM 1.70 (RM50/30)


Untuk menetapkan harga jualan pula, cara mudah ialah dengan darabkan kos sekotak Spaghetti tadi kepada "3" (Kos-kos tersembunyi dan sebagainya)


Harga jualan anda ialah :


RM 1.70 x 3 = RM5.10


Untuk memudahkan anda mengira duit tanpa perlu bawa duit syiling, letakkan sahaja harga RM5 sekotak.


Keuntungan kasar yang bakal anda perolehi ialah:


[Jumlah Jualan 30 Box] - [Kos Bahan]


[RM5 x 30 box] - [RM50] = RM100


Maka keuntungan kasar yang bakal anda perolehi untuk 30 kotak Spaghetti ini adalah sebanyak RM100!


Dan anda boleh pelbagaikan add-on dalam menu seperti tambah meatball dan sebagainya untuk meningkatkan lagi keuntungan jualan anda.



Jadi inilah antara formula terbaik yang boleh anda ikut untuk menetapkan harga makanan. Yang paling penting, ANDA UNTUNG - PEMBELI UNTUNG dan semua orang tersenyum riang!


Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes food delivery? Klik link beikut untuk mengetahuinya..

[KLIK] Panduan Bisnes Food Delivery

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url