Exam Online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

penolong pegawai penguatkuasa kp29


Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda. 


Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 3 Ogos 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

pegawai penguatkuasa


Calon Exam Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.


Dapatkan contoh soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, yang boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.


Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!



Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, sebaiknya kita tahu dahulu apakah bidang tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Kementerian Dalam Negeri


Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Kementerian Pengangkutan


Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)


Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Format Exam Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 iaitu, 

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris 

Daya Menyelesaikan Malasah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29






Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url