Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda.
Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Pembantu Penilaian W19 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 29 Julai 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Calon Exam Pembantu Penilaian W19 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.
Tiada rujukan khusus untuk exam Pembantu Penilaian W19 pada kali ini, tetapi terdapat bonus rujukan Pembantu Penilaian W19 yang diberikan secara PERCUMA jika anda mendapatkan rujukan EXTRA Seksyen Soalan Exam Kerajaan yang merangkumi Extra Seksyen bagi Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.
Diharap rujukan ini boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.
Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!
Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pembantu Penilaian W19 iaitu,
- Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Daya Menyelesaikan Malasah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.
Persediaan Sebelum Menduduki Exam
Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Pembantu Penilaian W19? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah
- membuat persediaan yang rapi
- membuat rujukan yang tepat
- mempunyai keyakinan yang tinggi
- berdoa dan pengharapan yang memuncak
Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Pembantu Penilaian W19