Unifi Tawar Mobile Pek Pelajar Tanpa Had


Unifi Tawar Mobile Pek Pelajar Tanpa Had. Unifi memperkenalkan pelan istimewa mereka iaitu Pek Pelajar Unifi Mobile sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkhidmatan ini membolehkan pelajar berhubung dan mengakses internet tanpa had serta membolehkan pelajar mengakses portal pembelajaran tanpa batasan.

Pek Pelajar Unifi Mobile ini, ditawarkan pada harga RM59  (tidak termasuk 6% SST) sebulan, di mana ia menawarkan akses data tanpa had, panggilan tanpa had, SMS tanpa had, dan 10GB LTE kuota hotspot.  Selain itu, pelan ini ditawarkan tanpa kontrak.



Selain itu juga, Pek Pelajar Unifi Mobile disediakan untuk lebih 40 universiti awam dan swasta di seluruh negara, bermula 24 April 2020.

Pakej ini meliputi pelajar tempatan dan juga antarabangsa, peringkat ijazah dan sarjana. Semua pelajar IPTA/IPTS yang memiliki emel rasmi pelajar yang sah layak untuk melanggan tawaran ini.

Untuk mendaftar pakej yang ditawarkan, pelajar boleh lah melayari laman web unifi - UNIFI


Previous Post Next Post