16 Cara Berkesan Elak Jangkitan COVID-19

Sepanjang tempoh itu, apakah yang boleh dilakukan untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini?

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada diri dan juga keluarga. Ingin tahu bagaimana?

Menghindari jangkitan COVID-19 dengan 11 perkara


Berikut Hello Doktor kongsikan 11 perkara yang patut anda lakukan bagi mengekang penularan wabak ini:

#1 Basuh tangan

Pastikan anda membasuh tangan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat, setiap kali mencuci. Penggunaan sabun dan air adalah pilihan terbaik. Namun, gel pembersih tangan dengan kandungan paling kurang 60% alkohol juga membantu.

Cucikan tangan anda:

  • Sebelum memasak atau makan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menghembus hingus, batuk atau bersin

#2 Fahami simptomnya

Kebanyakan individu yang positif COVID-19 mengalami beberapa simptom. Ia kelihatan seperti mengalami flu, iaitu:
  • Demam
  • Batuk 
  • Sesak nafas
Namun, kebanyakan kes jangkitan tidak bermula dengan masalah hidung berair.



Baca Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19

#3 Lebih penjagaan

Jika anda berusia 60 tahun dan ke atas serta berdepan beberapa masalah kesihatan, pastikan anda melakukan lebih penjagaan. Ini untuk membantu mengekang penularan jangkitan wabak ini.

Individu termasuk dalam golongan berisiko tinggi seperti individu dewasa berusia dan mereka yang mengalami penyakit jantung, masalah pernafasan kronik serta diabetes, memerlukan lebih penjagaan dalam menghindari jangkitan Covid-19.

#4 Elakkan perjalanan

Sebaiknya jika tidak penting atau bukan melibatkan masalah perubatan, elakkan daripada melakukan perjalanan sama ada ke luar negara mahupun tempat yang berisiko walaupun hanya antara negeri.

#5 Kawalan diri

Jika anda mahupun ahli keluarga anda tidak sihat, sebaiknya lakukan kuarantin selama 14 hari, ia merupakan antara cara mengekang penularan. Pastikan anda mempunyai bekalan makanan, ubatan serta keperluan diri yang mencukupi untuk sepanjang tempoh tersebut.

#6 Jarak sosial

Sukar untuk memastikan sama ada seseorang individu itu mempunyai simptom jangkitan atau tidak, bukan? Jadi langkah terbaik adalah melalui amalan jarak sosial sebagai cara untuk mengekang penularan wabak coronavirus.

#7 Utamakan kesihatan

Walaupun anda mungkin sedang berada dalam tempoh PKP, namun itu tidak bermakna aspek kesihatan secara keseluruhan harus diabaikan. Pastikan anda mengamalkan diet pemakanan seimbang dan cuba untuk bersenam, walaupun dengan hanya naik turun tangga di rumah.

#8 Ikut protokol

Jika anda mungkin mempunyai simptom seperti demam, batuk dan juga masalah pernafasan, lakukan pemeriksaan segera. Tetapi jangan terus menyerbu sebarang hospital, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, hubungi hospital atau pusat perubatan berhampiran dan fahami protokol penyakit menular yang perlu anda ikuti. Ia adalah 1 cara baik untuk membendung penularan dan menghindari jangkitan COVID-19 kepada individu lain.

#9 Tabiat ketika bersin, batuk

Ketika bersin atau batuk, tutup dengan bahagian siku anda atau gunakan tisu dan buangkannya selepas digunakan. Ia bukanlah sekadar 1 amalan untuk mengekang penularan wabak semata-mata, tetapi ia adalah tabiat yang harus menjadi amalan setiap masa.

#10 Penggunaan topeng muka

Sebagai cara untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain, penggunaan topeng muka amatlah digalakkan. Ini membantu mengelakkan individu lain daripada turut dijangkiti wabak yang sama.

Namun, cara pemakaian yang salah mungkin boleh menjadi faktor jangkitan. Jadi pastikan anda mengetahui etika pemakaian topeng muka yang betul, okay?

#11 Kebersihan rumah

Pastikan setiap ahli keluarga anda tahu cara penjagaan kebersihan yang betul. Berdasarkan kajian, virus ini boleh hidup pada permukaan untuk tempoh berjam-jam malahan sehingga beberapa hari.

Bagi menghindari jangkitan COVID-19, amalan penjagaan kebersihan adalah penting, sama ada melibatkan diri atau kebersihan kawasan rumah anda.


5 perkara harus elak bagi menghindari jangkitan COVID-19


#1 Menyentuh muka

Elakkan menyentuh muka, hidung mahupun mulut. Ini kerana jika anda mempunyai kontak dengan virus, tabiat menyentuh muka akan membolehkan virus memasuki badan anda.

#2 Memakai topeng muka

Ya, anda memang digalakkan untuk memakai topeng muka. Tetapi hanya jika anda sakit dan ia membantu melindungi individu lain daripada dijangkiti sama.

Walau bagaimanapun, jika anda sihat, pemakaian topeng muka tidak begitu diperlukan. Ia kerana disebabkan faktor permintaan yang tinggi, maka penjualan topeng muka semakin terhad.

Pemakaian topeng muka lebih diperlukan oleh pihak dan individu tertentu seperti petugas perubatan atau mereka yang bekerja di hospital serta individu sakit. Jangan mementingkan diri, okay?

#3 Jangan panik

Elakkan daripada panik. Sebaliknya lakukan langkah pencegahan dengan sebaiknya. Kerap mencuci tangan anda dan amalkan langkah pencegahan lain.

#4 Jangan keluar rumah

Memandangkan sekarang dalam tempoh PKP, maka anda disarankan hanya keluar jika terdapat keperluan. Sekiranya boleh, elakkan penggunaan pengangkutan awam untuk mengekang penularan wabak.

#5 Elakkan bersama individu lain

Jika anda disyaki sebagai individu yang mungkin positif COVID-19 atau PUI, jangan pentingkan diri. Sebaliknya lakukan kuarantin diri untuk tempoh 14 hari. Maklumkan kepada ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang kerisauan.

Untuk menghindari jangkitan COVID-19 ini, ia adalah 1 tanggungjawab bersama yang memerlukan kesedaran dalam diri setiap individu.

Kami di Hello Doktor memohon kerjasama setiap individu bagi sepanjang tempoh PKP ini. Bersama kita berganding bahu dalam mengekang penularan wabak ini. Kita boleh lakukannya!

Sumber Artikel : HelloDoktor
Previous Post Next Post