Image : Harian Teknologi

Sudah sedia maklum bahawa kontrak 1BestariNet iaitu YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah tamat pada 30 Jun 2019 tahun lalu.

Baca Rugi jika guru tidak menggunakan 1bestari postpaid percuma

Walaupun kontrak YTL dengan KPM sudah tamat, guru-guru yang mempunyai peranti dan sim kad yes 4G LTE yang telah dibekalkan oleh KPM masih boleh menggunakan sim kad tersebut. Saya telah menggunakan sim kad yang telah diberi dan menunjukkan bahawa sim kad tersebut masih aktif. 



Setiap bulan, sebanyak 2GB data telah diberikan secara percuma kepada guru-guru. Jika data telah kehabisan, guru-guru boleh menambah data dengan harga yang berpatutan iaitu 1GB dengan harga RM1.



Jika kawasan tempat tinggal guru-guru mempunyai rangkaian 4G Yes, guru-guru masih boleh menggunakan sim kad tersebut untuk menjalankan kelas secara online. Saya rasa rugi jika guru-guru tidak menggunakan sim kad ini.

Telefon Yes Rosak, Macam Mana Nak Guna?


Ramai kalangan guru mengadu bahawa telefon yes mereka rosak dan mereka tidak dapat menggunakan sim kad yang telah dibekalkan kepada mereka. Sebenarnya, guru-guru masih boleh menggunakan sim kad ini dengan melakukan,


  • Memasukkan sim kad Yes 4G ke dalam telefon yang menyokong 4G
  • Membeli bateri telefon yes


Telefon yang canggih sekarang sudah menyokong sim kad 4G LTE, jadi tidak menjadi masalah kepada guru-guru untuk menggunakan sim kad ini. Keluarkan sim kad dari telefon yes dan masukkan sim kad tersebut ke dalam telefon yang menyokong 4G LTE.

Baca juga Jenis telefon yang menyokong sim kad yes 4G LTE

Saya juga sudah membuat survey di beberapa website yang menjual bateri telefon yes. Di dalam Shopee contohnya, guru-guru boleh mendapatkan bateri ganti bagi telefon yes dengan harga lebih kurang RM30 sahaja



Sekian perkongsian saya pada hari ini. Sempena PKP ini, guru-guru yang mempunyai rangkaian 4G yes bolehlah menggunakan sim kad ini untuk membuat kelas secara online dengan kadar yang sangat rendah.

Post a Comment

Previous Post Next Post