Program Protege Ready To Work TNB

Program Protege Ready To Work TNB


Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) Fasa 8 yang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad telah dibuka untuk permohonan. 

PROTEGE RTW yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan

Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan. 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan PROTEGE RTW  boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi TNB seperti 

 Apply Now

Untuk maklumat lanjut berkaitan iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan bolehlah klik link di bawah

 More Info

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia dan selari dengan keperluan bisnes TNB/ Anak Syarikat/ pemain industri bekalan elektrik.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang telah menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama TNB/ Anak Syarikat sebelum ini. 

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah  16 Julai 2023

Sumber: TNB

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post