Borang Permohonan Bantuan Khas COVID 19


Borang Permohonan Bantuan Khas COVID 19. Berdasarkan hebahan dalam portal web rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang layak untuk menerima bantuan.


Syarat Kelayakan Bantuan Khas COVID 19



  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19


Pemohon yang tidak layak



  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Kadar Bantuan Khas COVID 19


Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital

Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Cara Memohon Bantuan Khas COVID 19


Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:


  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank


Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.


Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)


Untuk malumat lanjut sila layari portal rasmi NADMA 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url