Senarai Platform Pembelian Secara Online


Senarai Platform Pembelian Secara Online . Pelbagai platform pembelian atas talian menjadi popular sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasa bermula pada 18 Mac 2020. Pembelian secara online ini adalah pilihan yang lebih selamat dalam menangani penyebaran #COVID19.

Melalui pembeliaan secara online, pengguna tidak perlu beratur dan bersesak ke pasar raya bagi mendapatkan barang keperluan sempena PKP ini. Terdapat juga platform iaitu Tesco yang menawarkan pembelian barangan basah seperti ikan dan sebagainya. Pembeliaan ini memudahkan pengguna tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.

Semasa PKP ini, mungkin pengguna ingin mendapatkan pelbagai barangan keperluan dan barangan lain. Melalui pelbagai platform pembelian secara online ini, pengguna bukan sahaja boleh mendapatkan bekalan makanan tetapi pengguna boleh mendapatkan barangan seperti pampers, perfume, barangan komputer, telefon dan sebagainya.

Di sini saya senaraikan platform pembelian secara online yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan sempena PKP ini. Boleh juga muat turun aplikasi telefon bimbit pelbagai platform ini di Google Store dan Play Store. Pembeliaan secara online ini dapat mengurangkan penyebaran wabak #COVID19. Jom sama-sama perangi #COVID19 dengan #stayathome.

Platform Pembelian Secara Online

Antara pilihan pautan pembelian atas talian untuk mendapatkan keperluan harian:


  1. Lazada 
  2. Shopee  
  3. Tesco
  4. Mydin
  5. Presto Mall 
  6. Redtick 
  7. MyGrocer
  8. Jaya Grocer
  9. Potboy Groceries 
  10. Pantry Express 
  11. The Little Mart 
  12. TM Farms 
  13. Everleaf 
  14. Qoo10
  15. eBay Malaysia
  16. Fave
  17. Super Buy
  18. Food Panda
  19. F.O.S
  20. IPMart


Sebenarnya terdapat banyak lagi senarai pilihan pembelian atas talian untuk rujukan pembeli Masih terdapat banyak lagi pilihan pembelian atas talian yang lain. Pembeli juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kaedah pembelian atas talian yang selamat.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url