Setting Whatsapp Untuk Komunikasi Sehala

shares

Whatsapp adalah satu aplikasi media sosial yang sering kali digunakan oleh guru bagi memberi infomasi dan maklumat kepada ibubapa. Ada banyak group whatsapp kelas atau group whatsapp subjek telah dibuat oleh guru bagi memudahkan kerja untuk memberi maklumat, hebahan dan sebagainya. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan Channel Telegram kerana lebih selamat dari diganggu...

Walaupun group whatsapp kelas ini sangat penting, namun ada segelintir ibubapa mengambil kesempatan untuk membuat aduan tentang anak mereka melalui whatsapp. Aduan yang dibuat kebanyakkan adalah hal-hal yang remeh temeh.. Ada aduan dilakukan diluar waktu pejabat sehingga mengganggu dan membebankan guru.


Kebanyakkan soalan-soalan yang ditanya oleh ibubapa dalam whatsapp group kebanyakkan adalah soalan remeh temeh seperti aduan anak hilang pensel, kerja sekolah, anak dibuli dan sebagainya. Oleh yang sedemikian, group whatsapp yang dibuat oleh guru tidak mencapai objektif untuk menghebahkan infomasi.

Tetapi, cikgu-cikgu jangan risau kerana whatsapp memang ada fungsi yang boleh diset untuk admin sahaja pos infomasi yang penting. Jadi, pengguna lain dalam group tersebut tidak boleh membalas mesej yang telah admin poskan..

Hari ini saya nak kongsi tutorial bagaimana untuk setting whatsapp supaya admin sahaja yang boleh pos info-info penting..Cikgu-cikgu dah tak payah pening kepala nak layan kerenah ibubapa dengan soalan-soalan yang remeh temeh. Jom baca info ini..

Selepas buat group cikgu2 poslah peraturan supaya ibubapa tidak pm cikgu secara personal dan whatsapp yang dibuat hanya untuk info penting sahaja. Ada juga segelintir guru suka mesej dengan ibubapa untuk bertanya khabar tidak menjadi masalah untuk tidak menukar setting seperti yang dicadangkan..

Cara Setting Whatsapp Kelas Komunikasi Sehala


Langkah 1: Create new group


 Langkah 2: Add participants

Langkah 3: Namakan group whatsapp kelas


Langkah 4: Klik Group Setting


Langkah 5: Klik "Send Message"



Langkah 6: Ubah setting "who can send messages" kepada only admins dan selesai (Cikgu-cikgu boleh tukar setting "all participants" jika ingin berkomunikasi kembali dengan ibubapa)


Jom kita cuba untuk menulis info.


Ahli yang lain dalam group whatsapp hanya boleh melihat mesej yang diposkan oleh admin tanpa dapat membalas. Selamat mencuba semua..


Related Posts

0 Comments:

Post a Comment