eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) ialah satu sistem semakan online wang yang tidak dituntut yang telah disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Bermula tahun 2020, perkhidmatan semakan secara online wang yang tidak dituntut (eGUMIS) boleh dilakukan secara online tanpa perlu hadir ke kaunter. eGUMIS memudahkan semakan status Wang Tak Dituntut.

Untuk fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka, untuk permohonan tuntutan wang tak dituntut, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan

Bagi menyemak wang yang tidak dituntut, boleh lah melayari laman web eGUMIS.

Cara Semak Wang Tak Dituntut



  1. Daftar pengguna (klik pendaftaran bagi pendaftaran kali pertama). Jika sudah berdaftar, klik Log masuk
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, jenis pengenalan, no kad pengenalan, emel, nama pengguna dan pengakuan bersetuju.
  3. Klik butang daftar. (Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan)
  4. Kemudian tekan butang log masuk. Isikan nama pengguna seperti yang didaftarkan dan kata laluan sementara seperti yang diterima melalui emel pengguna
  5. Tukar kata laluan. Isikan kata laluan sementara dan masukkan kata laluan baru. Kemudian klik simpan
  6. Sila lengkapkan maklumat seperti alamat, negara, negeri, poskod, bandar dan no telefon bimbit. Kemudian tekan butang simpan
  7. Skrin carian wang tak dituntut akan dipaparkan. Untuk membuat semakan, sila klik pada butang carian wang tak dituntut kemudian masukkan no kad pengenalan. Tekan butang cari dan hasil carian akan dipaparkan
  8. Maklumat wang tak dituntut dipaparkan. Jika anda ingin membuat cetakan sila klik butang cetak

Semak Wang Tak Dituntut (eGUMIS)


Klik sini eGUMIS

Semoga perkongsian tentang eGUMIS ini memberi infomasi dan maklumat kepada pengguna yang ingin menyemak wang yang tidak dituntut. 

Post a Comment

Previous Post Next Post