Semak Kelayakan Set Dekoder Percuma MYTV

shares


Semak Kelayakan Set Dekoder Percuma MYTV. Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).

Bagi penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang layak, mereka akan menerima set Dekoder Percuma.  Penerima Set Decoder Percuma adalah dari senarai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang layak dan beralamat dalam kawasan liputan myFreeview.

Baca 13 Saluran Percuma myFreeview

Cara Menyemak Kelayakan Dekoder


Buka laman web MYTV Broadcasting, masukkan nombor Kad Pengenalan untuk membuat semakan dan klik 'Semak'. Jika nama anda terpilih, set dekoder akan dipos ke alamat rumah anda.



Kelebihan Siaran Digital myFreeview



  • Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi
  • Audio yang berkualiti tinggi
  • Penambahan perkhidmatan dan saluran TV
  • Tanpa bayaran bulanan



Cara mengakses Siaran Digital myFreeview


Cara 1: Menggunakan Dekoder - Sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.


Cara 2: IDTV - Sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda Set TV lama memerlukan dekoder DVB-T2 untuk menonton Siaran Digital myFreeview sekiranya ia dilengkapi input AV/HDMI.


Jenis aerial yang boleh menerima Siaran Digital myFreeview:


Pilihan terbaik kerana boleh menerima isyarat dengan stabil sekiranya dihala tepat ke arah pemancar berhampiran. Penggunaan alat “booster” tidak disarankan kerana boleh menggangu penerimaan Siaran Digital myFreeview.

Aerial dalaman boleh menerima isyarat daripada pemancar terdekat, bagaimanapun sukar menerima
siaran sekiranya terdapat halangan fizikal seperti gunung, bukit, hutan dan bangunan tinggi.

Cara Pemasangan Set Dekoder DVB-T2




Semoga perkongsian tentang Semak Kelayakan Set Dekoder Percuma MYTV dapat memberi infomasi kepada semua rakyat Malaysia yang layak mendapatkan dekoder percuma di seluruh Malaysia. myFreeview akan beroperasi sepenuhnya pada bulan oktober nanti.

Related Posts

0 Comments:

Post a Comment