Sokongan Wajibkan Vaksin Program Imunisasi Kebangsaan


Sokongan Wajibkan Vaksin Program Imunisasi Kebangsaan. Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). EPI menggalakkan semua negara memberi imunisasi kepada 6 penyakit kanak-kanak, bagaimanapun Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia telah menambah perlindungan untuk 12 penyakit majoriti kanak-kanak. Program Imunisasi Kebangsan adalah disubsidi sepenuhnya kepada semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia [1].

Sign Sokongan Anda Di Sini :http://chng.it/Rb6kSTYMp7 atau https://tinyurl.com/wajibvaksin

Sejak beberapa tahun yang lalu, didapati berlakunya peningkatan penularan penyakit cegahan vaksin, contohnya Demam Campak (Measles) [2] dan Difteria [3]. Ini adalah satu malapetaka yang semakin meruncing kerana penyakit ini membawa kepada beberapa kematian dalam kalangan kanak-kanak.

Antara faktor penyumbang kepada penularan semula penyakit ini yang dikenalpasti dalam kajian global ialah berleluasanya golongan antivaksin yang bukan sahaja enggan mengambil vaksin, malah mempengaruhi ibu bapa lain untuk turut menolak vaksin [4]. Penolakan vaksin telah menghakis keberkesanan imuniti berkelompok yang terbukti mencegah penularan penyakit cegahan vaksin [4]. Data Malaysia terkini menunjukkan liputan imunisasi bagi MMR bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun secara umumnya hanya sekitar 88% sahaja [5].

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia melalui infografik oleh Unit Komunikasi Korporat [2] menunjukkan kes Demam Campak (Measles) meningkat sebanyak 891.8% dari tahun 2013 [195 kes (125 kes tiada imunisasi)] hingga tahun 2018 [1934 kes (1467 kes tiada imunisasi)]. Jumlah kematian kerana tiada vaksin pada 2018 ialah :

  • Demam Campak (Measles): 6 kes
  • Difteria: 4 kes
  • Batuk Kokol: 19 kes


BUKTI KEBERKESANAN PROGRAM VAKSIN MANDATORI


Pada tahun 2016, kerajaan Australia menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang "No Jab, No Pay, No Play" [6] bagi memastikan setiap keluarga yang ingin mendapatkan kelebihan penjagaan anak dan pelepasan cukai, dimestikan melengkapkan imunisasi anak-anak mereka. Ia juga mewajibkan setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan / taska, untuk mendapatkan vaksin dengan lengkap.

Negeri Victoria, Australia mencatatkan kadar liputan imunisasi sebanyak 92.85% sebelum polisi ini diperkenalkan. Pada tahun 2018, dua tahun selepas polisi tersebut dilaksanakan, kadar liputan imunisasi di negeri ini meningkat kepada 95.7% [7]. Data ini menunjukkan keberkesanan program mandatori vaksin, atau seumpamanya melalui langkah penguatkuasaan undang-undang, bagi memastikan kadar liputan vaksin kekal tinggi dan mencegah penularan penyakit yang boleh dicegah.

'Political Will' kerajaan Australia dalam memperkenalkan polisi 'No Jab, No Pay, No Play' boleh dijadikan salah satu contoh dalam melaksanakan polisi vaksin mandatori di Malaysia.

SOKONGAN PENUH KEPADA USUL MEWAJIBKAN VAKSIN PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN


Sehubungan dengan itu, kami menyokong sepenuhnya cadangan dan pendirian Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk mengetengahkan usul mewajibkan pengambilan vaksin Program Imunisasi Kebangsaan selaras dengan cadangan daripada banyak pihak.

Kerajaan Malaysia perlu segera merangka akta baru atau meminda akta sedia ada bagi mewajibkan pengambilan vaksin Program Imunisasi Kebangsaan ke arah Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera.

Sign Sokongan Anda Di Sini : http://chng.it/Nw4pZSdx atau  https://tinyurl.com/wajibvaksin

Sebarkan kepada semua.

Rujukan (Links dipendekkan)

  1. https://goo.gl/VAJfES
  2. https://goo.gl/Gi89ha
  3. https://goo.gl/f5kAKV
  4. https://goo.gl/8gFLSq
  5. https://goo.gl/ycziej
  6. https://goo.gl/pHUogH
  7. https://goo.gl/itmQ3m


Sumber Gambar: Fb Dr. Rusyainie Ramli
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Cuci Tilam
    Cuci Tilam December 09, 2019

    Terima kasih atas artikle ini

Add Comment
comment url