Kadar CPC (Cost Per Click) Menurun Lagi


Kadar CPC (Cost Per Click) di Google Adsense pada bulan Julai ini turun dengan sangat drastik ke paras $0.02 menyebabkan pendapatan harian sangat kecil. Terfikir juga sama ada penyebabnya ialah faktor menukar template blog atau jumlah iklan yang dipamerkan di blog terlalu banyak.

Bagi para publisher Google AdSense (GA) seperti saya penurunan kadar CTR (Click Through Rate) dan CPC (Cost Per Click) di google adsense menyebabkan GA semakin menyusut. Hari ini saya cuba untuk menaikkan kembali kadar CPC. Berjaya atau tidak untuk menaikkan CPC kita akan tengok nanti.

Antara perkara yang cuba saya lakukan ialah

1. Meningkatkan kualiti entry blog saya
2. Mengubah kedudukan iklan google adsense. Penggunaan template blog yang sesuai juga mempengaruhi penurunan CPC.
3. Memilih saiz iklan yang sesuai. Kebanyakkan iklan di blog saya menggunakan saiz responsive
4. Menghadkan jumlah iklan di blog. Dari 6 iklan sebelum ini, saya cuba menjadikan hanya 3 iklan sahaja di blog saya.

Saya harap, cubaan untuk menaikkan CPC di google adsense menjadi. Saya akan update sama ada berjaya atau pun tidak.


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info