Betul Ke Paywave Ni Bahaya?


Minggu ini viral tentang satu video transaksi menggunakan paywave di mana dalam video tersebut memaparkan transaksi paywave boleh dilakukan oleh orang asing dengan mendekatkan mesin pengimbas ke poket kita. Betul ke? Ramai yang percaya paywave boleh digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan semua, kemudahan mengimbas kad Visa Paywave atau Mastercard PayPass menggunakan NFC (Near Field Communication) yang berfungsi hanya dalam beberapa sentimeter. Biasanya, kad paywave diletakkan bersama-sama dengan kad lain di dalam dompet dan ini adalah amat mustahil untuk mengimbas kad dan akan mengelirukan mesin imbasan tersebut jika pelbagai kad diletakkan bersama seperti IC, kad Touch n Go dan sebagainya.

Walaupun bank dan penyedia kad kredit mempunyai ciri keselamatan mereka sendiri, kita masih perlu menyimpan kad dengan selamat supaya kad tersebut tidak hilang dan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika paywave ini tidak selamat, saya percaya bank tidak akan menggunakan teknologi yang mudah dikompromi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bank-bank membenci penipuan seperti yang dilakukan oleh pengguna dan mereka tidak akan memperkenalkan paywave atau pelayaran jika tidak selamat.  Paywave menggunakan teknologi yang sama dan nombor pin diperlukan jika transaksi melebihi RM250.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url