Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 (Cuti Rehat Khas)


Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan.

Pada masa ini, pelaksanaan Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015.

Dalam hal ini, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh (7) hari kepada sepuluh (10) hari setahun.

Kelayakan Cuti Rehat Khas

5. Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sepuluh (10) hari setahun.

6. Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. 

7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan selain yang dinyatakan di perenggan 6 atau diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat adalah tidak layak Cuti Rehat Khas.

8. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada:
  • Guru Sandaran/Guru Interim; dan
  • Guru Kontrak.

Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas 

9. Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan sepertimana dinyatakan di perenggan 16 dan 17.

10. Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

11. Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut:

  1. menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
  2. mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
  3. menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
  4. dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; 
  5. menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
  6. mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
  7. menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
  8. menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
  9. perkahwinan pegawai atau anak pegawai. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 (Cuti Rehat Khas), bolehlah muat turun pekeliling di bawah

Download:


INFO:  Saya sebenarnya mencari pekeliling yang mengatakan cikgu-cikgu tidak boleh cuti bersambung iaitu pada hari jumaat dan isnin. Jika ada tolong SHARE ya..

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info