17 Mei 2018 Tarikh Permulaan Puasa (1 Ramadhan)


Bulan Ramadhan merupakan satu peluang keemasan untuk setiap umat Islam meningkatkan ketakwaan diri, menambahkan kesyukuran atas nikmat yang diberikan dan berpeluang untuk mendapat keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan. Sesungguhnya, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana kita masih diberi nyawa dan kesempatan untuk bertemu dan beribadat lagi di bulan yang mulia dan diberkati ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 17 Mei 2018 (Khamis) ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa Kepada Semua Rakan-Rakan

Baca juga





Previous Post Next Post