Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M


Alhamdulillah, telah tiba kepada kita satu bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Kedatangannya sangat ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:



Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam  firman Allah SWT:-

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Muat turun Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M

Muat turun jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut negeri.

Sumber Jakim