Pengambilan Felo Kohort 2019 TFM


Sumber: KPM

Pihak  Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pengambilan dan pemilihan graduan terpilih dan menempatkan mereka di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Felo TFM akan mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun sepenuh masa bermula dari 1 Januari 2019 hingga Disember 2020, bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah. Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan di bawah Program TFM selama dua (2) tahun, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah menerusi gerakan Alumni TFM. Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang telah berjaya menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa seperti berikut:


  • Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
  • Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai 2018 hingga bulan September 2018.
  • Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM dari bulan Oktober 2018 hingga bulan Disember 2018.



SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN

Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:


  • Warganegara Malaysia.
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor/Masters of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain).
  • Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan.
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • Berumur 32 tahun atau ke bawah sebelum 1 Januari 2019.
  • Memperolehi minimum "Kredit" bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau "Second Class Upper".



KRITERIA PENTING YANG PERLU JUGA DIMILIKI OLEH CALON:


  • Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
  • Pemahaman dan komitmen yang mendalam misi dan visi Teach For Malaysia.
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Kemahiran berfikir secara kritis.
  • Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran.
  • Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik.



CARA PERMOHONAN

Calon yang berminat dinasihatkan untuk melayari laman web TeachMalaysia  untuk maklumat lanjut. Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) di pautan laman web berikut: KLIK SINI 
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url