Dapatkan Kit Undi Negaraku


Undi Negaraku adalah satu inisiatif untuk membantu pengundi baharu untuk memahami bagaimana proses pilihan raya dijalankan, selain menunjukkan dengan cara mudah dan ringkas bagaimana untuk mengundi dengan betul pada pilihan raya umum yang akan datang. Langkah-langkah mengundi telah diilustrasikan dalam Buku Panduan Mengundi untuk rujukan anda, terutamanya pengundi-pengundi baharu yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan ketelusan sistem pilihan raya Malaysia, serta peranan ejen-ejen pilihan raya yang terdiri daripada wakil-wakil calon atau parti-parti yang bertanding sepanjang proses persediaan, pengundian dan pengiraan dalam memastikan satu pilihan raya yang adil dan telus. Jika anda seorang pengundi baharu dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses pengundian serta sistem pilihan raya Malaysia, kit Undi Negaraku ini khusus untuk anda!

Ada yang dapat? Saya dah dapat kit undi negaraku.

Lengkap dengan panduan mengundi dan barangan eksklusif di bawah. Kit ini adalah percuma dan terhad, sementara stok masih ada.



Mohon di sini http://www.1malaysia.com.my/undi-negaraku

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info