Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)


Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam perlu dibuat secara online terutamanya kepada graduan yang baru menamatkan pengajian mereka. Saya kongsi sedikit info tentang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam.

Sumber: http://www.spa.gov.my


PENGUMUMAN PENTING :
Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:
a)    Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun;
b)    Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja;
c)    Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

i.      Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
ii.     Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon 
        jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
iii.    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat
        Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
 
Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

Segala kesulitan amat dikesali.

DAFTAR AKAUN BARU/LUPA KATA LALUAN :
Mulai 1 Julai 2016, SPA telah membuat penambahbaikan bagi Daftar Akaun Baru dan Lupa Kata laluan melalui integrasi dengan JPN . Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

APLIKASI MOBILE :
Adalah dimaklumkan, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPA8i dengan kerjasama MAMPU yang merupakan alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). mySPA8i terdiri daripada beberapa modul : -
i.        Pendaftaran MyID;
ii.        Reset Kata Laluan;
iii.        Maklumat Pemohon;
iv.        Maklumat Akademik;
v.        Maklumat Kokurikulum;
vi.        Maklumat Tambahan;
vii.        Pegawai Sedang Berkhidmat;
viii.        Jawatan Dipohon; dan
ix.        Pengakuan Pemohon.

Selain itu, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPAv2. Aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar membuat semakan bagi urusan berikut:
x.        Semakan MyID
xi.        Jadual Temu duga
xii.        Keputusan Temu duga
xiii.        Jadual Peperiksaan
xiv.        Keputusan Peperiksaan
xv.        Berita
xvi.        Hubungi Kami



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url